Monday, December 17, 2012

SCR5 atau SCR6 ? pening kepala aku dan hubby nak pilih...

Umur Mia sudahpun menjangkau 10 bulan setengah aku dan hubby barulah belikan Mia stroller. Sebelum ni aku pinjam je dari kakak ipar dan baru2 ni kami diminta untuk memulangkan semula untuk generasi yg seterusnya. Oleh kerana Mia memang masih memerlukan stroller, so kami decide tuk beli yg baru. Ape yg penting boleh turunkan kepada adik Mia nanti bila Mia dah xgunakan. Budget kami adalah tidak melebihi RM500. 

ada 2 pilihan hati kami dan kami perlu memilih antara satu.

SCR5 - 4 roda
Net Weight : 8kg

Features :
  • Suitable from birth till 3 years (<17kg)
  • Innovative design and portable lifestyle stroller
  • Lightweight aluminum frame
  • Adjustable backrest and footrest
  • Can be in forward or rearward facing
  • Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter
Dimensions :






combine dengan SCR7 untuk baby

dimension

SCR6 - 3 roda

Net Weight : 8.4kg

Features :
  • Suitable from birth till 3 years (<17kg)
  • Innovative design and portable lifestyle stroller
  • Lightweight aluminum frame
  • Adjustable backrest and footrest
  • Can be in forward or rearward facing
  • Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter
Dimensions :




kedua duanya sama je cume beza ada 4 roda dan 3 roda. selain tu kecik dan besar basket. Last2 kami pilih SCR 5 sebab shopping basket lebih besar dari SCR 6. haha ni mesti sebab nak b'shopping je lebih kan. Akhirnya dapatlah Mia stroller baru semalam setelah pencarian kami  di Jaya Jusco Kinta City berakhir...sekian...

Monday, December 10, 2012

kehilangan yg memeritkan...

hari ni adalah hari paling bahagia ku rasa setelah 2 malam tido xlena, makan x selera di sebabkan kehilangan seutas rantai tangan yg sangat2 bermakna buat diri aku. bukan atas sebab mahal tp  mempunyai sentimental value yang tidak ternilai bagi aku. Ya rantai tangan itu adalah hadiah semasa penikahan ku dengan suami. Saat selepas akad nikah aku masih ingat lagi suami ku telah menyarungkan rantai tgn tersebut ke pergelangan tangan kanan ku dan sampai  pagi jumaat lepas aku pakai tanpa pernah membukanya. Nak dijadikan cerita lepas keluar dari toilet baju aku tersangkut kat tombol pintu time itu baru aku sedar tiada lagi gelang di tangan, jenuh aku cari di tempat kejadian dimanakah gelang tu tercampak tp xnampak bukan sekali dua aku pg tempat tu tapi banyak kali aku tetap xnampak. sampailah merata tempat aku cari di rumah, di sekitar ofis pun aku cari tp xjumpa. Tp aku xpernah give up untuk minta pertolongan dari Allah sebab bagi aku setiap musibah yg berlaku itu adalah ujian dari Allah. 2 malam berturut-turut aku buat solat hajat, tahajjud, zikir yg ofismate aku bagi dan juga doa untuk kehilangan barang yg aku cari dari en. google. xputus2 aku berdoa sampailah subuh td. Alhamdulillah dengan izin Allah rantai tangan yg hilang itu telah kembali semula kepada tuannya. Syukur.....

doa inilah yg aku amalkan selepas sembahyang dan semasa otak aku serabut memikirkan rantai tangan yg hilang.


2 malam berturut2 aku buat solat hajat. Sebenarnya banyak cara solat hajat nih tp biasenye solat hajat camni yg aku amalkan...

kat bawah ni aku nak kongsi cara SOLAT HAJAT yang aku buat – 
Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: 

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
dan inilah rantai tangan yg telah dijumpai. nampak x cangkuk tu dah terbukak. Semasa baju aku tersangkut tu  sebenarnya bukan baju aku yg tersangkut tp adalah rantai tangan ini. 

Tp banyak persoalan yg aku xdapat jawapannya... Hanya Allah yg Maha Mengetahui segala2nya...
kenapa setelah banyak kali aku cari dengan 2 biji mata tp xjumpe di sekitar tempat kejadian?
Kenapa orang yg jumpe rantai ini jumpe hari ini bukan hari jumaat? korang taukan kat ofis aku nih semua orang awam datang, tempat yg jatuh tu adalah tempat orang lalu lalang.

kesimpulannya semua yg berlaku adalah ujian dari-Nya. apa yg penting cara kite mengingati Dia di saat kite susah dan senang...

kepada auntie saya ucapkan terima kasih banyak2 kerana telah menjumpai rantai tangan saya. Ada ganjaran yg saya akan bagi nanti tunggu yer sampai saya dapat gaji minggu depan. selamat menyambut Krismas ye auntie.



Wednesday, December 05, 2012

::HUBUNGI KAMI::

Sebarang Pertanyaan sila hubungi: 
IEDA - 019-5709540 @ ANUAR - 019-2801691 @ Sila lengkapkan borang di bawah untuk sebarang pertanyaan melalui e-mail.
Name:
No. Tel :
Email Address:
Pertanyaan :

Click here to put a form like this on your site.

:: KADAR SEWA ::


Isnin hingga Ahad - RM 180/malam (sewa untuk 3 malam = RM 500)

sewa untuk 7 malam (seminggu) = RM 1000


sewa untuk 1 bulan  = RM 3000

 

KADAR SEWA


Isnin hingga Ahad - RM 180/malam (sewa untuk 3 malam = RM 500)

sewa untuk 7 malam (seminggu) = RM 1000
 
Wang cagaran/deposit menginap:
Tetamu yang mendaftar perlu membayar deposit menginap sebanyak RM100.00 semasa check-in. Deposit akan dipulangkan selepas check-out (sekiranya tiada apa-apa kehilangan atau kerosakan barangan di dalam Homestay).

***Pembatalan tempahan
Sila hubungi kami jika ingin membatalkan tempahan seawal mungkin. Pembatalan yang dibuat kurang daripada 48 jam akan menyebabkan deposit anda hangus.

 


Wednesday, November 07, 2012

Mia dah 9 bulan...

kejap je Mia dah 9 Bulan dan beratnye kini telah mencecah 8.1kg. Mia sekarang ni masih menyusu sepenuhnya dan papa memang x  keluar 1sen pun untuk susu Mia, untungkan papa... Kebelakangan ni pulak Opah Mia selalu complain pasal Mia nakal suka panjat2lah, merangkak sampai dapurlah penat opah jaga Mia. tp nak wat camne Opahlah  orang yg terbaik tuk jaga Mia dari mommy suruh bs yg jagakan. memang xamanlah hidup mommy jawabnye. Mommy tau anak Mommy ni dah bijak dan banyak je akal nye so semua bendalah die nak explore. Tp ape yg merisaukan mommy ialah Mia ni suka ngutip...aduhai pantang nampak benda2 kat lantai habis Mia masuk mulut, sangat2 bahaya takut Mia masuk mulut benda2 yg tajam. Mia  memang jenis yg xbanyak ragam memang bertuah rase mommy dapat anak macam Mia. Mia baru pandai kiss orang tau, kalau sape2 cakap 'sayang' mesti Mia cium orang tuh, cium dengan mulut lagi tuh sampai abislah pipi orang yg kene cium tu basah2, nasib wangi...hehe

Comel nye anak Mommy nih...

 sayang mommy lagi...
buah hati kesayangan saya...




Mia dengan auntie anne

 ok yg ni gambar mommy waktu lebih kurang sebaya ngan Mia... tengok2 sape yg lebih comel??
Mommy ke Mia?? tp time ni Mommy dah tumbuh 2 batang gigi tau tp Mia umur 9 bulan sebatang gigi pun xder...hehe tp yg penting dua2 pun comelkan....

Monday, October 22, 2012

2 malam tanpa Mia...huhu

Inilah buat pertama kalinya aku tidur tanpa mia. ape lagi kalau tidak sebab kursus, kursus 3 hari 2 malam di Teluk batik 17 Okt - 19 Okt.  xsampai hati nak tinggalkan Mia, rindunya sampai menusuk kalbu.... sian Mia bangun tengah2 malam cari 'nek' tapi xdapat yg ade cuma puting botol susu. xper Mia mommy tetap tinggalkan susu mommy untuk Mia walaupun mommy xde, sungguh kuat ikatan susu ibu itu....selama 2 malam lah papa xcukup tidor sebab jaga Mia...sian papa jugak  tp mommy lebih siankan Mia sebab dalam usia Mia yg belum setahun lagi dah terpaksa berpisah dengan mommy dia...xper sayang 2 malam jew...
balik je dari kursus mommy terus peluk Mia, cium Mia puas2 coz mommy tau Mia rindu sgt kat mommy dan begitu juga mommy. tp ape yg Mia paling rindu ialah 'nek' die...hahaha mommy paham sayang....
Harap2 lepas ni mommy xkene kursus lagilah... mommy xsanggup nak tinggalkan Mia... sayangggg Mia... 

sebelum tinggalkan Mia...sayu rase hati...

last day.. dah nak pulang dah... xsabar nak jumpe Mia....

Tuesday, September 18, 2012

beras perang + Apricot + kismis + pisang

bubur yg telah siap dimasak

bubur yg telah siap diblender. Mia pun sgt suka menu ni.

Bahan - Bahan:
  • beras perang
  • kismis
  • apricot kering
  • pisang
Cara membuat:
  • Masak beras perang sehingga menjadi bubur
  • Masukkan apricot dan kismis dan kacau
  • Padamkan api dan masukkan pisang dan lenyek2kan.
  • Apabila telah suam blender sehingga halus mulus.

Thursday, September 13, 2012

Mee Udang Kuala Sepetang

Pada hari sabtu yg lepas kami sekeluarga telah pergi merasai Mee udang Kuala Sepetang yg telah digembar-gemburkan selama ini. Ini lah kali pertama aku sampai di Kuala Sepetang, memang best kat sini mee udang pun sedap. Lepas nih bolehlah pegi lagi, xmenyesal pun pegi. Mujurlah Opah ku telah tinggal di Kamunting sambil melawat opah tu bolehlah singgah di Kuala Sepetang.
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Mee Udang


org lelaki yg pakai kaca mata tu yg telah belanja semua


Monday, September 03, 2012

Mia kena admit?

Mia oh Mia... dah 3 malam demam mia xhilang2 esoknya time orang tgh sibuk2 menyambut hari kemerdekaan yg ke 55 mommy bawaklah jumpa pakar kanak2 kat KPJ Ipoh Specialist Hospital. waktu sampai Dr memang xde sebab public holiday. Dr On call lambatlah skit nak tunggu tp xdelah lame sgt. Dr pakar yg check Mia hari tu adalah Dr. David. memang baik sgt dr tuh. lepas check semua kenalah admit untuk pemeriksaan yg lebih detail. Mia kene amik darah dan kene amik air kencing. Alhamdulillah semuanya ok. Mommy lega. Tp ape yg merisaukan mommy sebenarnya adalah Mia selesema, sian anak mommy susah nak bernafas. masa admit hari tu hidung Mia kene sudut mommy xpegi pun teman Mia, Mommy suh papa yg pegi sebab mommy xsanggup dengar Mia nangis2. Time sedut tu dari dalam bilik lagi Mommy dengar Mia nangis. lame sungguh Mia nangis meraung2. dalam hati ni nak bawak Mia lari je xsanggup Mia kene paksa macam tuh. sian anak mommy. Mommy berharap sgt semoga selesema Mia akan cepat sembuh. Alhamdulillah Mia kene tahan semalam jew. Dr bagi Mia balik selepas die check ptg tuh, tp kene datang hari isnin lagi untuk follow up.

sebelum kene admit

sayang mommy nih
yg ni selepas kena sedut Mia tido dengan nyenyak sekali...

sy sudah bangun time nih genap Mia 7 bulan. sungguh pantas masa berlalu...

amboi kemain lagi bos kecik nih..
time nak balik dah...

total bil Mia nasiblah ade Insurans
total yg papa kene bayar

Thursday, August 30, 2012

1st time Mia DEMAM...

Saat2 umur mia lagi 3 hari nak masuk 7 bulan mia dah demam. demam + selesema pulak tuh. siannye anak dara mommy nih. Citenye macam nih ptg tu mommy dah perasan Mia dah selesema tp xde pulak demam. Bila tgh malamnye baru Mia merengek2. badan Mia panas dan selesema buat mia susah nak bernafas tambah time Mia nak menyusu. sedihnye mommy tgk Mia. dekat 3 jam jugaklah mia tido xlena tp Mia still nak menyusu. Mommy bagi jew. pastu Mia tido mommy tinggikan bantal mia supaya mia dapat tido dengan bersandar untuk mengelakkan hidung Mia tersumbat lebih teruk. Esoknya Mommy tgk demam Mia dah hilang, legalah hati mommy. Pegi klinik pun dr cakap cuma dedor jer. Mia pun aktif dan makan pun kuat. Mommy ingat demam Mia akan beransur pulihlah tp sangkaan Mommy meleset bila malam td Mia demam lagi. aduhai syg semalam dr bagi Mommy mc 1 hari jew. kalau hari ni Mia demam lagi maknanya mommy terpaksa pegi keje jugaklah sayang...Ape yg mommy mampu buat time mia demam ialah Mommy bagi mia makan ubat pastu bubuh air kat ubun2 dan kaki Mia bagi sejuk sikit. Mommy usap2 kat ubun Mia dan kuatkan semangat Mia supaya cepat sembuh yer sayang. Mommy tau saat2 macam ni memang Mia perlukan mommykan untuk naikkan semangat supaya Mia cepat sembuh tp apakan daya Mommy kene keje hari ni. Untuk hari  ni Opah yang akan pantau Mia tp nasib baik Mia dedor2 jew. opah cakap Mia nak tumbuh gigi sebab mommy time kecik2 hari tu kalau demam mesti nak tumbuh gigi. Harap2 betullah ape Opah cakap tu sayang. Nanti kalau ptg kang mommy balik Mia panas lagi Mommy dan papa akan bawak Mia pergi klinik. semoga cepat sembuh ye sayang...muaahh..

buat mommy2 yang anaknya mengalami demam kat bawah ni ade sedikit info: SHARING IS CARING

Pesanan doktor – jika anak demam
  • Pastikan diberi ubat pada setiap enam jam untuk memastikan suhu tidak terus naik secara mendadak dan mendedahkan mereka kepada sawan. Lakukan ‘tepid sponging’ jika suhu masih tinggi walaupun telah diberi ubat.
  • Jangan pakaikan anak dengan pakaian tebal, memadai dengan baju nipis setakat untuk menutupi anggota badan. Tidak perlu diselimut tebal.
  • Pastikan mereka minum banyak air atau susu. Berikan makanan lembut seperti bubur untuk menambahkan tenaga. Bawa anak-anak berjumpa doktor jika mereka masih demam walaupun sudah diberi ubat demam secara tetap selama dua, tiga hari.
  • Suhu badan manusia secara semula jadi adalah lebih tinggi pada waktu petang dan malam. Di waktu siang, kanak-kanak mungkin masih aktif bermain menyebabkan mereka berpeluh sedikit dan menurunkan suhu badan.
  • Ubat boleh diberi dengan sudu atau picagari. Tidak menjadi masalah, jika ibu bapa ingin mencampurkan ubat ke dalam susu. Bagaimanapun ini boleh menyebabkan si anak tidak mahu minum susu pula.
  • Sedikit paksaan mungkin diperlukan jika mereka susah makan ubat. Jika begitu, ubat minum boleh digantikan dengan ubat melalui dubur jika anak terlalu susah untuk makan ubat atau jika demam terlalu tinggi.
  • Pastikan anak minum air dengan banyak. Jika hilang selera berilah makan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap.

Tuesday, August 28, 2012

di pagi Syawal...


 Raya tahun ini adalah raye pertama bersama Mia tersayang. Kami beraye di Kg. Pengkalan Pegoh Seberang rumah opah & atok sebelah Papa. Pagi raye tinggal Mommy dan Mia saje kat rumah yg lain semua pegi sembahyang raya. xtaulah kenapa lepas mommy siap2kan Mia mood Mia macam xbaik jew, muka masam macam cuka sampaikan time nak bergambar pun muka Mia masam. apelah anak Mommy nih..

my family tema tahun ini adalah MERAH HITAM

tengoklah muka mia yg masam tuh xcomel langsung...

Mia dan opah

adalah satu gambar Mia yg senyum kan comel anak Mommy nih...

Mommy dan Mia








Happy Besday Papa Mia

kek untuk Papa Mia




Birthday papa adalah pada 18/8 iaitu pada malam raya. Mommy sambut ringkas2 jew kat umah Opah. sori yer papa budget ciput jew sebab duit mommy dah beli baju raya papa dan Mia. nasib Mommy dapat bonus Najib bagi tau. hehe ape2 pun Happy Birthday Papa Mia semoga dimurahkan rezeki yer.. sebabnya kalau rezeki papa murah Mommy dan Mia pun boleh tumpang same. pandainyer...

Friday, August 17, 2012

baju raya Mia...

Assalamualaikum...

Saat mommy tulis post nih mommy dah semangat nak raye dah coz hari ni dapat balik pukul 12.15tengahari... bestnye...esok dah last berpuase, lusa dah Raya. tahun ni giliran beraya umah family papa dan tema tahun ni adalah merah hitam.
sekarang Mia dah 6 bulan setengah. Tahun pertama mommy & papa sambut raya dengan anak tersayang. Untuk raya ni Mommy & papa belikan Mia 4 pasang baju dan sepasang kasut... raya sakan lah mia. hehe. semua ni mommy & papa shopping last minute. yelah sebab bulan puasakan so penatlah nak g jalan2.
harap2lah Mia dapat banyak duit raya yer sayang boleh mommy masuk dalam ASB nanti.

baju raya untuk mia

baju nih paling mahal dari semua2 tu.. kain die pun sejuk jew.

mia xde baju biru so mommy beli satu baju biru.
baju ni tebal sikit padan dengan kasut merah.