Tuesday, June 19, 2012

Berkhasiatkah Makanan Sejuk Beku?

 Assalammualaikum semua...

Skrg ni mia dah nak dekat 5 bulan, so aku telah mula mencari info pasal solid food. yer.. xlame lagi mia akan start makan... aku yg xsabar sebenarnya.
Memandangkan aku ni adalah seorang ibu yg berkerja dan berniat untuk hanya memberikan mia makanan dari air tangan aku sendiri so frozen solid food adalah jawapannya. ..
hari ni kt ofis aku surf la info mengenai solid food..terjumpa info yg amat berguna bagi aku dalam menyediakan solid food untuk my mia tersayang..salah satu yg aku rasa mcm rajin nk share psl makanan sejuk beku  untuk ibu2 yg berkerjaya cara yang plg sng dan jimat masa ialah msak byk2 then freezer kan je..Info ni aku dapat dari majalah pa&ma.. berikut adalah infonya:



Di barat, makanan bayi yang disejukbekukan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Namun, hal ini masih baru di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi yang disejukbekukan ini, Pa&Ma telah mendapatkan maklumat daripada Valerie Kong Swee Hwa, Pakar Pemakanan, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor.

Kesibukan ibu hari ini menyebabkan ramai di kalangan kita tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Atas alasan ini, makanan bayi segera yang banyak dijual di pasar raya seperti bijirin bayi dan makanan sedia dalam botol menjadi pilihan. Persoalannya sekarang, adakah makanan segera ini berkhasiat?

Menurut Valerie, makanan jenis ini tidak digalakkan kerana lebih 60% makanan bayi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula ataupun garam yang tinggi, ataupun kedua-duanya tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa membaca label kandungan nutrien yang ada pada botol atau kotak makanan tersebut. Makanan segera bayi yang dijual boleh diterima jika kandungan sodium atau natriumnya kurang daripada 130mg per hidangan. Manakala jumlah kalori dari gula pula mestilah kurang 20%.

Jadi, untuk memastikan anak mendapat makanan yang berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, beliau mencadangkan agar ibu bapa merancang makanan harian untuk si manja. Ilmu pengetahuan tentang pemakanan anak perlu ada dalam diri semua ibu bapa. Daripada proses penyediaan, cara menyimpan hinggalah cara memanaskan. Semua mesti tahu.

Untuk pengetahuan, ketahanan atau jangka hayat makanan yang ingin disejukbekukan bergantung pada jenisnya. Ibu bapa disarankan agar menyediakan dan menyejukbekukan sayur-sayuran setiap minggu. Manakala makan protein boleh tahan sehingga satu bulan. Buah-buahan yang ingin disejuk beku disarankan agar tidak dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya. Buah-buahan yang ingin disejuk beku bolehlah dibersihkan, dipotong kecil dan dipek berasingan dalam beberapa bekas kecil. Jika ingin digunakan, keluarkan dari peti ais, letakkan pada suhu bilik sehingga ais mencair dan purikan. Beri terus makanan tersebut kepada anak.

Utamakan Kebersihan
Perkara yang perlu dititikberatkan ketika proses penyediaan makanan untuk anak-anak ialah memastikan makanan yang dimasak itu menepati suhu yang sepatutnya. Oleh itu, anda disarankan agar membeli termometer makanan untuk memeriksa suhu makanan setiap kali memasak.

Biasanya bayi yang berusia enam bulan ke atas atau bayi yang boleh mengangkat kepalanya sendiri tanpa sebarang bantuan sahaja yang boleh diberi makan makanan yang telah disejukbekukan. Apa pun, hal ini bergantung pada individu.

Valerie memberitahu bahawa untuk menyediakan makanan sejuk beku, anda perlulah memastikan tangan dibersihkan dahulu sebelum memegang sebarang makanan. Peralatan memasak serta bekas yang digunakan untuk menyimpan makanan juga perlu dibasuh bersih dan dinyahkuman.

Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur selama satu minit di dalam air mendidih. Anda boleh juga menggunakan teknik stim. Sayur yang telah dicelur itu kemudiannya dimasukkan ke dalam air berais untuk menghentikan proses memasak. Selepas itu, masukkan sayur tersebut ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga halus atau menjadi puri. Sejukkan puri tersebut dalam suhu bilik. Kemudian, sendukkannya ke dalam bekas air batu kiub. Balut bekas tersebut dengan plastik dan terus masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais anda. Cara ini dapat mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar. Makanan yang disejukbekukan mampu mengekal nutrien yang terkandung di dalamnya.

Tambah beliau lagi, jika di sediakan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku selamat disimpan selama satu hingga dua bulan. Paling maksimum ialah selama tiga bulan. Walau bagaimanapun bergantung pada suhu bahagian sejuk beku peti ais anda. Jangka hayat makanan ini berdasarkan kepada suhu bahagian sejuk beku yang kurang 0°C. Tetapi sekiranya makanan tersebut hanya diletakkan di dalam peti ais, jangka hayatnya kurang 48 jam. Sebenarnya, anda digalakkan agar menghabiskan makanan sejuk beku tersebut dalam tempoh satu bulan. Perkara yang paling penting ialah memastikan peti ais anda dalam keadaan yang baik, iaitu suhu beku kurang daripada 0°C.

Bekas air batu kiub dan beg plastik sejuk beku selamat digunakan untuk menyimpan makanan sejuk beku. Bekas air batu kiub paling sesuai kerana anda boleh mengambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya boleh terus disimpan.

Menjawab soalan tentang cara untuk memberi anak makan makanan yang telah disejukbekukan, Valeria menerangkan bahawa makanan sejuk beku tersebut perlulah dikeluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak dan letakkan ke dalam peti ais bahagian biasa. Biarkan semalaman. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kaca. Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku bayi. Pertamanya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan mangkuk kaca berisi makanan sejuk beku itu ke dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Kacau dan panaskan lagi sehingga mencapai suhu yang dikehendaki. Cara yang kedua pula menggunakan kaedah ‘sunmersion’ atau kaedah ‘double boil’. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar jangan sesekali memanaskan semula makanan sejuk beku di dapur bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.

Valerie turut menegaskan agar anda hanya membeli bahan mentah yang benar-benar segar dan bersihkan dengan sempurna. Pastikan makanan berada dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan disejukbekukan. Gunakan hanya sedikit air di dalam makanan yang ingin disejukbekukan dan gunakan api yang perlahan semasa memasak. Terlalu banyak air akan memendekkan jangka hayat makanan. Ingat, jangan sejuk bekukan kembali makanan yang sudah dicairkan. Hal ini kerana proses sejuk bekukan dan pemanasan kembali makanan akan menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan air liur dari mulut bayi boleh menyebabkan pencemaran.

Friday, June 08, 2012

susu ibu adalah makanan yg terbaik untuk bayi...

inilah peneman aku hari2 walau dimana jua aku berada xkira di ofis, rumah dan dimana jua. breastpump PHILIPS AVENT

alhamdulillah mia skrg masih lagi menyusu susu ibu..tp yg xbestnye mia ade jugak campur fm tp ckit jew...
skrg ni aku masih mampu untuk membekalkan mia 3.5 oz x 5 botol sehari untuk kerumah opah die masa aku bekerja. aku berharap sgt dapat bekalkan die sampai sekurang2nya setahun atau 2 tahun. aku ni memang jenis gigih mengepam kalau time keje 4 kali tu, setelah dicampur2 dapatlah 10 - 11oz aku bawak balik...walau apepun aku tetap bersyukur ade jugak rezeki untuk mia walaupun xsemeriah mummy2 diluar sana.

sememangnye b4 bersalin lagi aku dah berazam untuk menyusukan mia. yang penting niat tu mesti ade. walaupun pada awalnye susu aku memang xkuar.. sampai hari ke 4 baru susu keluar , itupun setelah berurut... memang dugaan buat aku tp aku xpenah putus asa...nak tau sebab ape???

SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI so, aku nak bagi yg terbaik untuk mia.

susu fm ni pulak adalah sebagai topup je ok.


majlis aqiqah NUR DAMIA ARISSA -28 April 2012

alolo budak busyuk nih...

sayang mia...


my family..
pelamin buai mia yg comel macam mia


opss.. jgn silap ye ini bukan kambing aqiqah ye..ni kambing golek yg telah disponser oleh my FIL


PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

after 44 hari berpantang...

time ni baru lepas habis pantang..slim dah i ok..hehe
dulu ber2 jew kini sudah ber3 nak ber4 kene tunggu lagi 3 tahun yer....


NUR DAMIA ARISSA dah botak pada hari ke-7 (7 feb 2012)

mia selepas dibotakkan...
berat rambut mia bila ditimbang


Adalah Sunat mencukur keseluruhan rambut anak (lelaki atau perempuan) yang baru lahir pada hari ke-7 (selepas kelahirannya). Menurut pendapat yang ashah (paling sahih), sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, sekiranya mampu. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak yg baru lahir tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi (صلى الله عليه وسلم) daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :

"Rasulullah(صلى الله عليه وسلم) telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

pengalaman terindah saat2 melahirkan (1.2.12)

NUR DAMIA ARISSA 1.2.128.38am - 2.6kg


hari ni dah hari yg ke 12 aku melahirkan nur damia arissa. terpanggil2 tuk menceritakan pengalaman aku sebelum dan semasa melahirkan damia... bukan untuk riak or ape2 jelah tp aku nak jdkan sebagai kenangan yg xkan penah aku lupekan sampai bile2...kiranya bolehlah aku bukak note ni balik bila aku rindukan saat2 itu...hehe begini lah alkisahnye...

9.00mlm (31/1/2012) - hari ni aku kene masuk wad (405) sebab esok perut ku akan dibelah yer..huh bile dengar dibelah mesti takutkan.. nak tau kenape aku kene melahirkan damia ni secara cser? cam ni citenye waktu scan 32w aku dimaklumkan oleh dr. yg tali pusat damia dah ade 2 lilitan kat tengkuk so aku wat keputusan nak terus cser je sebab aku xnak tanggung risikolah kiranyakan... dr raofah tu pun ok jew n aku pilihlah tarikh 1.2.12...bijak2...sepatutnye due aku 18.2.12 awal 2 minggu lebihlah kiranya...
ok malam ni aku di bawa masuk dalam bilik rawatan tuk cek jantung baby, masuk tiup kat tangan & kene sumbat ubat berak tu..haha pastu dah selesai aku pun balik bilik. berdebar2 rase tunggu esok hari tau...aku dah dimaklumkan esok ade 3 orang akan bersalin secara cser termasuklah aku dan seorang lagi bersalin normal... aku adalah orang pertama..wah lagilah aku takut...

8.00pg (1/2/12) - 8pg aku dah ditolak masuk OT, saat ni tuhan jew yg taukan ape perasaan aku...tp b4 tu aku dah mintak maaf siap2 dengan hubby.. sedih tau..hubby aku hanya leh teman kan aku sebelum masuk OT. time ni aku dah rase air mata nak mengalir.. sebelum masuk OT aku dah nampak sorang baru lepas cser nampak lagilah darah2nye, napelah diorang bagi aku nampak lagilah aku kecut perut...pastu aku sempat tnya kat sorang nurse ni sebab pelik nape die bagi aku tgk.. pastu die citelah yg kakak tu sepatutnya bersalin normal tp disebabkan baby die lemas so terpaksa lah emergency cser nampak cam lemah je kakak tuh...pastu datanglah dr raoofah tya keadaan aku.. aku gtau yang aku takut, pastu leh plak aku tya cucuk ubat bius tu sakit ke? sebabnye ramai yg kate sakit...tp dr tu cakap xsakit pun sebab die pun dah merase 4x ok....tp aku tetap takut gak... tibalah mase aku masuk dalam OT, time ni macam2 perasaan ade.. tuhan jew yg tau....tibelah time dr pakar bius cucuk kat tulang belakang, benda ni yg paling aku takut sebenarnye tp sebenarnya xsakit langsung.. aku dah rese lh..pastu barulah diorang masukkan tiup kencing..lame kelamaan aku dah xdapat rase kaki aku...muka dr. & pembantu die pun aku xnampak sebab tutup ngan kain..
pastu dalam beberapa minit jew aku dapat dengar suara bby aku nangis... sambil tu aku dapat dengar yg dr raoofah cakap ade 3 lilitan tali pusat kat leher...yg nurse tupun gtaulah kat aku...aku just tarik nafas lega jew...pastu barulah sorang kak ni tunjuk anak aku.. dapatlah jugak aku tgk muka anak aku dan anunya wat pertama kali selepas kuar dari perut walaupun badan aku dah terketar2 time tuh...
dah selesai semua aku ditolak keluar untuk dipantau dalam setengah jam kot..lepastu baru diorang tolak aku masuk bilik...sampai bilik jew aku dah nampak hubby aku dah..terus aku tya dah tgk baby ke blum? dah siap azankan pun...hehe alhamdullillah....
rasenye 6 jam kot baru aku leh rase balik kaki aku... tp sebelum habis ubat bius nipun aku rase takut sgt sebab tkut rase sakit tempat belah tu.. tp alhamdullillah xdelah skt sgt...sikit jew.. yg peliknye aku langsung xmuntah atau batuk pun.. semuanya berjalan lancar...aku diberitau oleh nurse esok pg baru leh bngun kene baring je 24 jam k...makan pun xboleh yer...aku ikutkan ajer...

6.00am (2/2/2012) - time ni barulah diorang bukak tiub kencing barulah boleh aku bangun dan uruskan diri....

11.00 am (3/2/2012) - time ni aku dah boleh kuar hospital dah tp baby pulak kene tahan sebab jaundis...betul2 sedih time nie.. anak aku kene tinggal sian die kene duk bawah lampu...aku kuar wad dalam pukul 2ptg lepas jumaat...
malam tu aku xleh tido nyenyak sebab teringatkan bby aku..huhu

10.00 am (4/2/2012) - ar ridzuan call baby dah leh amik pukul 11 sebab jaundis dah turun ke 10.5 dari 12.5 semalam... alhamdullilah...dapat balik anak aku....

k stakat ni jelah t ada masa aku edit balik... nak bagi susu kat damia...mommy sayang mia...

Kenangan jadi mak buyung..


saat2 akhir jadi mak buyung. lagi beberapa hari baby mia nak keluar..
excited gile...

gambar scan 2d/3d mia setiap bulan... saat2 indah bila dapat tgk mia dalam perut gerak2 walaupun xbape jelas...seawal 4 bulan lebih lagi doktor dah bgtau baby dalam perut adalah perempuan...