Thursday, August 30, 2012

1st time Mia DEMAM...

Saat2 umur mia lagi 3 hari nak masuk 7 bulan mia dah demam. demam + selesema pulak tuh. siannye anak dara mommy nih. Citenye macam nih ptg tu mommy dah perasan Mia dah selesema tp xde pulak demam. Bila tgh malamnye baru Mia merengek2. badan Mia panas dan selesema buat mia susah nak bernafas tambah time Mia nak menyusu. sedihnye mommy tgk Mia. dekat 3 jam jugaklah mia tido xlena tp Mia still nak menyusu. Mommy bagi jew. pastu Mia tido mommy tinggikan bantal mia supaya mia dapat tido dengan bersandar untuk mengelakkan hidung Mia tersumbat lebih teruk. Esoknya Mommy tgk demam Mia dah hilang, legalah hati mommy. Pegi klinik pun dr cakap cuma dedor jer. Mia pun aktif dan makan pun kuat. Mommy ingat demam Mia akan beransur pulihlah tp sangkaan Mommy meleset bila malam td Mia demam lagi. aduhai syg semalam dr bagi Mommy mc 1 hari jew. kalau hari ni Mia demam lagi maknanya mommy terpaksa pegi keje jugaklah sayang...Ape yg mommy mampu buat time mia demam ialah Mommy bagi mia makan ubat pastu bubuh air kat ubun2 dan kaki Mia bagi sejuk sikit. Mommy usap2 kat ubun Mia dan kuatkan semangat Mia supaya cepat sembuh yer sayang. Mommy tau saat2 macam ni memang Mia perlukan mommykan untuk naikkan semangat supaya Mia cepat sembuh tp apakan daya Mommy kene keje hari ni. Untuk hari  ni Opah yang akan pantau Mia tp nasib baik Mia dedor2 jew. opah cakap Mia nak tumbuh gigi sebab mommy time kecik2 hari tu kalau demam mesti nak tumbuh gigi. Harap2 betullah ape Opah cakap tu sayang. Nanti kalau ptg kang mommy balik Mia panas lagi Mommy dan papa akan bawak Mia pergi klinik. semoga cepat sembuh ye sayang...muaahh..

buat mommy2 yang anaknya mengalami demam kat bawah ni ade sedikit info: SHARING IS CARING

Pesanan doktor – jika anak demam
  • Pastikan diberi ubat pada setiap enam jam untuk memastikan suhu tidak terus naik secara mendadak dan mendedahkan mereka kepada sawan. Lakukan ‘tepid sponging’ jika suhu masih tinggi walaupun telah diberi ubat.
  • Jangan pakaikan anak dengan pakaian tebal, memadai dengan baju nipis setakat untuk menutupi anggota badan. Tidak perlu diselimut tebal.
  • Pastikan mereka minum banyak air atau susu. Berikan makanan lembut seperti bubur untuk menambahkan tenaga. Bawa anak-anak berjumpa doktor jika mereka masih demam walaupun sudah diberi ubat demam secara tetap selama dua, tiga hari.
  • Suhu badan manusia secara semula jadi adalah lebih tinggi pada waktu petang dan malam. Di waktu siang, kanak-kanak mungkin masih aktif bermain menyebabkan mereka berpeluh sedikit dan menurunkan suhu badan.
  • Ubat boleh diberi dengan sudu atau picagari. Tidak menjadi masalah, jika ibu bapa ingin mencampurkan ubat ke dalam susu. Bagaimanapun ini boleh menyebabkan si anak tidak mahu minum susu pula.
  • Sedikit paksaan mungkin diperlukan jika mereka susah makan ubat. Jika begitu, ubat minum boleh digantikan dengan ubat melalui dubur jika anak terlalu susah untuk makan ubat atau jika demam terlalu tinggi.
  • Pastikan anak minum air dengan banyak. Jika hilang selera berilah makan sedikit-sedikit tetapi lebih kerap.

Tuesday, August 28, 2012

di pagi Syawal...


 Raya tahun ini adalah raye pertama bersama Mia tersayang. Kami beraye di Kg. Pengkalan Pegoh Seberang rumah opah & atok sebelah Papa. Pagi raye tinggal Mommy dan Mia saje kat rumah yg lain semua pegi sembahyang raya. xtaulah kenapa lepas mommy siap2kan Mia mood Mia macam xbaik jew, muka masam macam cuka sampaikan time nak bergambar pun muka Mia masam. apelah anak Mommy nih..

my family tema tahun ini adalah MERAH HITAM

tengoklah muka mia yg masam tuh xcomel langsung...

Mia dan opah

adalah satu gambar Mia yg senyum kan comel anak Mommy nih...

Mommy dan Mia








Happy Besday Papa Mia

kek untuk Papa Mia




Birthday papa adalah pada 18/8 iaitu pada malam raya. Mommy sambut ringkas2 jew kat umah Opah. sori yer papa budget ciput jew sebab duit mommy dah beli baju raya papa dan Mia. nasib Mommy dapat bonus Najib bagi tau. hehe ape2 pun Happy Birthday Papa Mia semoga dimurahkan rezeki yer.. sebabnya kalau rezeki papa murah Mommy dan Mia pun boleh tumpang same. pandainyer...

Friday, August 17, 2012

baju raya Mia...

Assalamualaikum...

Saat mommy tulis post nih mommy dah semangat nak raye dah coz hari ni dapat balik pukul 12.15tengahari... bestnye...esok dah last berpuase, lusa dah Raya. tahun ni giliran beraya umah family papa dan tema tahun ni adalah merah hitam.
sekarang Mia dah 6 bulan setengah. Tahun pertama mommy & papa sambut raya dengan anak tersayang. Untuk raya ni Mommy & papa belikan Mia 4 pasang baju dan sepasang kasut... raya sakan lah mia. hehe. semua ni mommy & papa shopping last minute. yelah sebab bulan puasakan so penatlah nak g jalan2.
harap2lah Mia dapat banyak duit raya yer sayang boleh mommy masuk dalam ASB nanti.

baju raya untuk mia

baju nih paling mahal dari semua2 tu.. kain die pun sejuk jew.

mia xde baju biru so mommy beli satu baju biru.
baju ni tebal sikit padan dengan kasut merah.


Friday, August 03, 2012

HAPPY 6 months sayang...

salam....
Mia dah 6 bulan pada 1 Ogos 2012. cepat je masa berlalu rase baru semalam mommy lahirkan Mia dan hanya parut di perut mommy yg menjadi kenangan saat2 manis itu. Mommy sayang Mia sgt2 semoga jadi anak yg baik ye sayang.. Muahh..
Banyak jugak perkara yg mommy buat bila usia Mia 6 bln. antaranya adalah : - 
- Mommy mula bagi mia makan bubur nasi.
- Bawak mia pg cucuk 6 bln.
- buka buku akaun tabung haji untuk mia.
- buka buku asb untuk pelaburan mia masa hadapan.
dan semua ni mommy & papa buat pada 1 Ogos hari tuh...

ape yg mia dah pandai masa 6 bulan?
Mia pandai berguling2 kadang sampai xmuat toto dan sedang berusaha untuk melonjak/ menyusur.
Mia sgt aktif menguji kesabaran mommy dan papa xlalu diam bila dipegang. xperlah sayang mommy nak lihat perkembangan anak mommy aktif dan sihat sepanjang masa. Sekarang nih Mia dah kurang menyusu sikit sebab mia dah kuat makan. Alhamdulillah suka mommy tgk mia makan makanan dari air tangan mommy.

sejuk hati mommy bile lihat Mia tgh tido nyenyak.

comel anak mommy nih... time ni kat Tabung Haji untuk buka buku akaun mommy, papa & Mia

Mia baru lepas kene cucuk.. time ni mia baru lepas nagis sakit kot...sian syg mommy nih...

untuk masa depan mia papa buka akaun ASB. nanti anak mommy nih nak jadi Doktor kan kenelah menyimpan dari sekarang untuk pembelajaran Mia nanti.
kawan mommy cakap kening Mia cantik, tp Papa cakap kening Mommy xcantik. huh papa jahat lah...budget Mia ikut kening dielah tuh...


time mia tidolah mommy dapat berehat dengan tenang. tp kalau mommy xde kat sebelah Mia akan jerit kuat2.