hari ni adalah hari paling bahagia ku rasa setelah 2 malam tido xlena, makan x selera di sebabkan kehilangan seutas rantai tangan yg sangat2 bermakna buat diri aku. bukan atas sebab mahal tp mempunyai sentimental value yang tidak ternilai bagi aku. Ya rantai tangan itu adalah hadiah semasa penikahan ku dengan suami. Saat selepas akad nikah aku masih ingat lagi suami ku telah menyarungkan rantai tgn tersebut ke pergelangan tangan kanan ku dan sampai pagi jumaat lepas aku pakai tanpa pernah membukanya. Nak dijadikan cerita lepas keluar dari toilet baju aku tersangkut kat tombol pintu time itu baru aku sedar tiada lagi gelang di tangan, jenuh aku cari di tempat kejadian dimanakah gelang tu tercampak tp xnampak bukan sekali dua aku pg tempat tu tapi banyak kali aku tetap xnampak. sampailah merata tempat aku cari di rumah, di sekitar ofis pun aku cari tp xjumpa. Tp aku xpernah give up untuk minta pertolongan dari Allah sebab bagi aku setiap musibah yg berlaku itu adalah ujian dari Allah. 2 malam berturut-turut aku buat solat hajat, tahajjud, zikir yg ofismate aku bagi dan juga doa untuk kehilangan barang yg aku cari dari en. google. xputus2 aku berdoa sampailah subuh td. Alhamdulillah dengan izin Allah rantai tangan yg hilang itu telah kembali semula kepada tuannya. Syukur.....
|
doa inilah yg aku amalkan selepas sembahyang dan semasa otak aku serabut memikirkan rantai tangan yg hilang. |
|
|
|
2 malam berturut2 aku buat solat hajat. Sebenarnya banyak cara solat hajat nih tp biasenye solat hajat camni yg aku amalkan...
kat bawah ni aku nak kongsi cara SOLAT HAJAT yang aku buat –
Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali
dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah
sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.
Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah
walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa
haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
|
dan inilah rantai tangan yg telah dijumpai. nampak x cangkuk tu dah terbukak. Semasa baju aku tersangkut tu sebenarnya bukan baju aku yg tersangkut tp adalah rantai tangan ini. |
|
|
Tp banyak persoalan yg aku xdapat jawapannya... Hanya Allah yg Maha Mengetahui segala2nya...
kenapa setelah banyak kali aku cari dengan 2 biji mata tp xjumpe di sekitar tempat kejadian?
Kenapa orang yg jumpe rantai ini jumpe hari ini bukan hari jumaat? korang taukan kat ofis aku nih semua orang awam datang, tempat yg jatuh tu adalah tempat orang lalu lalang.
kesimpulannya semua yg berlaku adalah ujian dari-Nya. apa yg penting cara kite mengingati Dia di saat kite susah dan senang...
kepada auntie saya ucapkan terima kasih banyak2 kerana telah menjumpai rantai tangan saya. Ada ganjaran yg saya akan bagi nanti tunggu yer sampai saya dapat gaji minggu depan. selamat menyambut Krismas ye auntie.