Syarat-syarat dan Peraturan
Para tetamu/penginap diminta mematuhi
Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:
1.
Hanya
tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau
kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.
2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk kerumah
penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan.
3. Dilarang sama sekali menjadikan homestay tempat mengadakan majlis perkahwinan,
kenduri atau apa saja yang berkaitan dengan acara keagamaan
seperti membakar colok, kemenyan, setanggi, gaharu dan lain-lain di dalam
atau di halaman homestay.
4. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak
Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain
tidak dibenarkan samasekali.
5. Maaf. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk samasekali.
6. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah penginapan.
Pastikan pintu, gril dan pagar rumah dikunci apabila anda meninggalkan rumah
walau pun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas apa jua
kehilangan barangan berharga semasa anda menginap.
7. Sila gunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak
membazir. Tutup pili air, lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah supaya tidak mengganggu lalulintas dan
menimbulkan kemarahan jiran-jiran. Kereta/kenderaan yang di parkir di halaman
atau di luar rumah adalah atas tanggungjawab/risiko anda sendiri.
9. Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa
kedalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
10. Sila cuci dan basuh serta kembalikan ketempat asal semua peralatan memasak,
pinggan-mangkuk yang telah digunakan.
11. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman
perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
12. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama lampin bayi dan tuala wanita)
kedalam mangkuk tandas di bilik air untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
Sila buangkan kedalam bekas yang disediakan.
13. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku sebaik saja anda mula menerima
kunci rumah penginapan. Kami sedar anda sedaya upaya berusaha untuk tidak
melakukan apa jua kerosakan terhadap peralatan atau barangan yang terdapat di
rumah penginapan. Kadangkala kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi
kami juga mempunyai hak untuk menuntut gantirugi jika didapati kerosakan yang
berlaku adalah akibat kecuaian/kelalaian anda.
14. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot, sila susun semula dan
kembalikan ketempat asal sebelum anda check-out.
Tanggungjawab (liability):
- Pihak pengurusan
tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti
kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan
yang dibawa masuk atau disimpan oleh anda/kumpulan anda selama tempoh
menginap.
- Pihak pengurusan tidak
bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti
kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan
bayaran kerana kecuaian, kelalaian anda/kumpulan anda selama tempoh
menginap.
Sila tinggalkan RUMAH ini dengan kualiti kebersihan sama seperti
semasa anda mula memasukinya.
SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA
KETIKA BERADA DI D’ ARISSA HOMESTAY - TERIMA KASIH. SELAMAT JALAN DAN
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.