Friday, March 15, 2013

Pendaftaran Elektrik & Air

salam semua...
Hari ni saya nak berkongsi sedikit berkenaan  pendaftaran elektrik & air untuk rumah 2nd yg saya beli. Untuk makluman semua rumah yg saya beli ni meter elektrik & air sudah tiada, maknanya owner sebelum ni sudah membuat penutupan akaun. Berikut adalah dokumen2 yg diperlukan dan bayaran2 yg diperlukan untuk mendaftar :

Daftar elektrik TNB

  • 1 copy kad Pengenalan
  • 1 copy kad pengenalan saksi (suami/isteri/anak)
  • 1 copy S&P
  • Resit bil elektrik owner lama (jika ada)
Bayaran pendaftaran : RM 280
Setem Hasil : RM 10
Buka akaun : RM 3
jumlah : RM 293

Semuanya aku buat kat UTC Perak, wat malam pun boleh sebab kaunter tutup pukul 10.00 malam. Tp sayangnya untuk daftar air xboleh buat kat UTC sebabnya meter xde, terpaksa lah pg LAP di hari yg berikutnya. 

Daftar air LAP (Lembaga Air Perak)
  • 1 copy kad Pengenalan
  • 1 copy S&P
  • Resit bil air owner lama (jika ada)
Bayaran Cagaran : RM 80
Buka akaun : RM 10
Pasang meter : RM 40 ( bayar dekat plumber LAP lepas pasang meter )
Jumlah : RM 130 


So, kepada yg baru beli rumah baru ke 2nd ke, kenalah sediakan dekat RM500 untuk 2 benda nih.
Sekian dari saya, sharing is caring...
 




12 comments:

  1. terima kasih. sangat membantu. tambahan sedikit, bayaran deposit tnb bergantung pada jenis rumah dan meternya. single phase atau three phase.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..sangat membantu utk sy sekarang ni..walaupun bukan di perak, tp rasanya dokumen yg diperlukan adalah sama atau lebih kurang...nasib baik jugak terbaca blog ni, kalau tak, susah la..konpem sy tak bwk dokumen2 yg diperlukan..dah 2,3x keje nak kene buat..hihihi

    NEW YEAR GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM

    ReplyDelete
  3. Kalsu owner yang sambungkan sendiri berapa pulak yer charge untuk dua benda ni?mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...sngt membantuu

    ReplyDelete
  5. Tq, info ini sangat membantu

    ReplyDelete
  6. Tq, info ini sangat membantu

    ReplyDelete
  7. Rumah baru nak bina..mcm mana nak mohon air...

    ReplyDelete
  8. nak tanya . ade lagi tak nomber plumber lap air tu lahi

    ReplyDelete
  9. Dengar kata LAP ada minta sumbangan apabila nak pasang meter. Betul ke?

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya klu sy bru menyewa rmh kampung tp meter air xde nak aply mcm mn yer ..sy ni ada ank yg sakit buah pinggang

    ReplyDelete