Tuesday, July 31, 2012

Khasiat buah Avocado

Salam semua...
minggu lepas mommy dah try bagi mia makan buah avocado. Mia sgt suka habis die makan. napelah buah ni mahal sgt... kalau x boleh bg mia makan selalu. Avocado yang mommy beli ni adalah dari Australia sebiji Rm 5.00 kat Tesco. Kat bawah ni mommy mia akan terangkan cara nak buat puri avocado.

buah ni belum masak kenelah peram dulu

balutkan dengan kertas

ni mommy ikut petua simpan dalam bekas beras

nak tau buah ni dah masak ke belum try picit kalau lembut tu oklah.

untuk jadi puri mommy blender dengan sedikit air.

suka sgt mia makan.

kat bawah ni adalah sedikit info tentang khasiat buah Avocado. SELAMAT MEMBACA...

BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.
Tetapi kini, banyak pendedahan mengenai nutrisi dan khasiat yang terkandung di dalamnya menyebabkan buah avokado menerima populariti yang semakin tinggi.
Menurut Pakar Hortikultur dari Queensland, Jodie Campbell selain daripada produk kecantikan, buah avokado juga sangat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan Barat mahupun Asia.
“Hanya dengan sedikit tambahan, ia mampu memberi kita manfaat kesihatan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Buah avokado juga mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.
“Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol,” katanya yang hadir untuk mempromosikan buah tersebut di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) untuk sebuah program latihan A Taste of Australian Avocados baru-baru ini.
Program interaktif itu dianjurkan oleh Euro-Atlantic Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport buah-buahan, sayuran dan beberapa jenis makanan laut yang segar dan beku. Program itu dihadiri lebih 100 peserta daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk dari hipermarket, supermarket dan peruncit.
Selain menceritakan khasiat buah tersebut, Campbell yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang nutrisi buah avokado, turut berkongsi pelbagai topik berkaitan buah avokado termasuk cara yang betul untuk memegang buah tersebut, proses penghantaran dan bekalan. Tidak ketinggalan beliau memberi tip mengenai cara pemasaran buah berkenaan.
“Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja,” kata Campbell yang turut memberitahu tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi.
Katanya, kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat.
Dalam pada itu, seorang chef, Malcolm Goh turut mendemontrasi cara mudah menyediakan menu sihat iaitu Avocado Zimbabwe.
Tambah Campbell, pihaknya kini banyak mempromosikan kebaikan buah avokado kepada orang ramai kerana ramai yang kurang faham mengenai buah tersebut.
“Buah avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit,” katanya.
Sementara itu Penolong Pembekal Luar Negara Euro-Atlantic, Su’aidah Ahmad berkata, pihaknya memilih untuk mempromosikan buah avokado dari Australia atas permintaan tinggi pelanggan.
“Kami dapati pelanggan lebih gemar memilih avokado Australia berbanding Mexico dan Sepanyol kerana kualiti dan rasa.

Monday, July 30, 2012

stok susu Mia untuk bulan puasa

stok susu mia
salam semua...
nilah stok susu mia untuk bulan puasa. Alhamdulillah rezeki mia tetap ade walaupun bulan puasa. cuma merudum sikit jew. Ape yg penting mommy kene makan buah kurma banyak2 walau pun mommy xsanggup dengan kemanisan yg teramat sangat...

Sejak mia dah mula makan solid food mommy bekalkan mia 3oz x 5 botol je sehari. so maknenya mommy x pump dah untuk malam hari. bolehlah berehat selepas berbuka puase sambil melayan kerenah mia sekarang yang makin aktif.

Monday, July 23, 2012

Khasiat beras perang

Salam semua
Lagi beberapa hari lagi mia dah nak masuk 6 bulan, so mommy mia akan mula memperkenalkan mia dengan  bubur nasi. So mommy decided tuk bagi mia makan bubur nasi dari beras perang. Untuk pengetahuan semua mia telah diperkenalkan solid food bermula umur 5 bulan setengah lagi dengan puri buah2an sahaja yer...
mommy mia telah mencari info berkaitan dengan beras perang ni dan terjumpalah info dari kosmo online. di bawah ni adalah infonye SELAMAT MEMBACA....

KHASIAT beras perang terletak pada lapisan dedak luarnya dan embrio.


BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.
Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.
Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.
“Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.
“Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
“Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.
Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.
“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

InsyaAllah untuk entry yang berikutnya mommy mia akan tunjukkan cara2 menyediakan bubur nasi dari beras perang... tunggu yer...

Friday, July 20, 2012

1st solid food untuk Mia - puri epal

Salam semua...

Mommy Mia dah mula bagi Mia makan solid food pada 17 Julai  hari tu, umur mia lebih kurang 5 bulan setengah. Untuk permulaan mommy bagi buah apple tuk mia,  mommy buat cair2 tuk mia. semangat mommy nak bagi mia makan time nih..mia pun bersemangat. Kat bawah ni mommy mia nak ceritakan bagaimana cara mommy Mia sediakan puri apple tuk mia.
ambil sebiji epal Fuji
kupas kulit dan potong kecil2 cam nih

mommy letakkan dalam mangkuk semasa mengukus supaya air buah yg keluar  dapat digunakan semasa blender.

masukkan ke dalam blender bersama2 dengan air buah yg keluar semasa mengukus tadi..


blender sampai halus mulus

tapiskan... sebenarnye xperlu tp sebab permulaan kene tapis jugak ye.

inilah hasilnya.. yg dalam bekas ni mommy simpan kat dalam peti ais tuk esok.
sedia tuk bagi mia makan...

Mia dah sedia untuk makan

belum sempat mommy nak suap.. die dah masukkan sudu dalam mulut die dulu...

yang ni time dah habis mia nangis nak lg... tp mommy xbgpun sebab mula2 mommy bagi sikit je dulu...sian die...






Untuk hari berikutnye plak mommy akan bagi mia puree yg sama selama 2 or 3 hari, lepas tu baru mommy tukar buah pear. Mula2 mommy nak bg mia makan puree avocado tp buah tu dalam proses pemeraman. xsempat nak start dengan puree avocado. kene tunggu buah tu masak dulu baru mia boleh try avocado pulak...

Wednesday, July 18, 2012

breast pump ku dah rosak...

Ya Allah.. saat aku tulis entry ni memang perasaan aku sedih dr pagi td.. bp yg aku syg selama ini dah rosak... aduhai cam ne nih baru pakai 3 bulan dan umur mia pun baru nak masuk 6 bulan bp dah rosak...
nasiblah ade manual  bolehlah aku guna tp hasilnya x same byak macam elektrik...dah lah tangan lenguh..
Mungkin ini adalah dugaan buat aku... 

hari ni ape yg aku buat semua jd xkene...aku dah call service centre kat kinderjirk die cakap kalau nak replace dgn yg baru kene bayar RM309. pada aku jumlah ini adalah sgt besar...aku xmampu.. dahlah aku spend tuk bp ni je nak dekat RM500.
harap esok akan ade penyelesaiannye walaupun aku terpaksa keluar duit...mungkin itu jew caranya aku redha...

20/7/2012

kak sue call die cakap die akan gantikan moto aku dengan yang baru sebab ade waranty from uk.. tp lambatlah nak tunggu. xpelah demi mu pump aku sanggup. walaupun skarang nih aku terpakse guna manual.

Tuesday, July 10, 2012

Introducing solid food


Salam semua…
Mommy mia bercadang untuk memulakan solid food untuk mia pada usia mia 5 bulan 2 minggu. lagi beberapa hari je lagi...
Mesti ramai yg tertanya2 xterlalu awal ke bagi solid food kat anak? Jawapan aku mudah jew..Kenapa nak tunggu sampai dia reach six months? Kenapa tidak based on your baby's development? Lagipun mommy mia dah tya doctor die cakap ok jew kalau nak bagi puri buah dan untuk permulaan kene bagi sekali sehari jew. tp kalau nak bg karbohidrat kene tunggu 6 bulan tau. bertambahlah rutin harian mommy lepas nih tp xper janji mommy dapat bagi mia makanan dari air tangan mommy itukan lebih baik....Untuk maklumat mommies semua mia bukanlah fully bf sebab sehari sekali mesti kene campur dengan fm.. tp xpelah janji aku dah buat terbaik tuk mia xcukup tu belakang kira..yg penting niat aku untuk menyusukan mia sehingga 2 tahun akan tercapai...

opss.. berbalik pasal solid food tadi..Kat bawah ni adalah maklumat yg aku cari...
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu

Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. PASSED

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. PASSED

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. (yang ni aku xpasti, yg aku pasti kenelah try bg mia makan dulu)

• telah naik berat badan 2 kali ganda secara sihat
Berat lahir mia 2.6kg, masa cucuk 5 bulan hari tu mia sudah 6.5 kg. PASSED

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Sian mia kadang aku makan atau papa die makan die tgk jew. Kadang tu sampai nak menjangkau makanan yg aku makan tuh. PASSED

So bila umur mia dah 5 bulan setengah nanti aku akan mula perkenalkan die dengan solid food.
Tp ape yg penting aku kene ikut ‘4 day wait rule’.
Ok sebelum tu aku nak terangkan pasal ‘4 Days Wait Rule’.
‘4 days wait rule’ tu adalah memberkenalkan satu persatu puri buah yg sama selama 4 hari berturut2. Ini adalah untuk memudahkan kite mengesan sesuai atau tidak baby dengan makanan tersebut, manalah tau kot2 terkene elergik ke sembelit ke...
Ingat ye jangan campurkan dua atau lebih jenis makanan sebab kalau terjadi alahan seperti ruam dan sebagainya susah nak kenalpasti mana satu puncanya. Pada aku memang WAJIB perkenalkan puri buah dulu pastu baru bubur nasi. Sebabnya buahkan lebih mudah lawas.

yang ni aku bagi contoh jadual ‘4 days wait rule’
 Mommy akan bagi mia ape yg ditulis di atas nih jew. Tp mommy xkan bagi mia rice, barley or oat selagi mia x masuk 6 bulan.


Thursday, July 05, 2012

Peralatan untuk sediakan solid food Mia


Salam semua…
Now mia sudah 5 Months old xlame lagi mia akan mula makan solid food. So kenelah mommy mia  persiapkan segala peralatan untuk solid food mia. Sebenarnye mommy mia sgt2 xsabar untuk bagi mia solid food. Mommy mia juga sgt happy sebenarnya kerana ingin berkongsi kepada semua mommy diluar sana tentang alatan yg perlu digunakan semasa menyediakan solid food. semua barang2 nih semua dah ready tinggal tunggu mia je lagi..

1. Blender

 Yang ni mommy mia beli brand Philips avent khas untuk blend makanan mia jew. Mommy mia beli blender ni kat Littlewhiz RM 175.20.


2. Baby cube

Baby cube ni mommy mia beli yg 2oz, harganya adalah RM33.20.. mahalkan dan sebab mahallah  mommy mia beli 1 je. Yang lain  mommy mia beli ice cube with lid kat giant baru RM 3.90 . jimat duit..hehe. Baby cube ni untuk frozen puree. Nanti nak masak amik jer 1 cube dan campak je dalam bubur nasi.

3.Slow cooker

Slow cooker ni mommy mia beli brand faber. Kebetulan ade member sale kat Senheng time tu dapatlah dengan harga RM49.90 kalau xsilap. Slow cooker ni sgt2 berguna untuk mommy2 yg bekerja. Memudahkan kerja mommy, kalau nak masak bubur boleh masak sebelum tido dan bila bangun pagi terus masukkan puri dan biar je. Sementara tu bolehlah wat ape2 yg patut…kan senang xdelah terkejar2 nak pg kerje…


4.Food Steamer
Yang ni sebenarnya xguna sgt pun ku rase.. sebabnye boleh steam atas dapur jekan tp saje2 nak membanyakkan lagi bil elektrik. Tp ok jgk time steam leh wat keje lain xdelah sampai air kering pun xsedar kalau gune steam biasekan…bijak..bijak… Yang nipun mommy beli kat Senheng time member sale dapatlah RM 79.00.

5.Food Jar & Vacuum flusk
Food jar ni tuk bekalan mia ke rumah opah. So opah xpayah susah2 nak masak tuk mia yer..mommy dah siapkan bubur nasi tuk mia. Sesuai jugak untuk pg travel boleh tahan 7 – 8 jam xsilap. Food Jar & Vacuum flusk ni mommy mia beli RM 109.00 kat littlewhiz.

6. Anbebe Baby Seat



 Comelkan baby seat ni. Sesuai tuk anak mommy. Yang ni pulak mommy mia beli kat kawan papa mia. Harga RM150.00. nak dapat seat ni kene tunggu sebulan tu punyalah lame menunggu. Mommy mia pilih seat ni sebab senang nak bawak mane2 masuk je dalam bonet kete. hehe

7. Feeding set



Basic Cereal Bowl Set
Nuby the nibbler mesh Feeder

Nuby Squeeze Feeder














8. Periuk dan penapis




periuk dan penapis baru untuk masak bubur mia

9. Buku resepi



Buku ni mommy mia xbeli sebenarnya tp mommy dapat softcopy dari group solid food dan print jew. Buku ni memang sgt2 membantu.

akhirnya dapat jugak The New iPad...



...tak dapat putih  hitam pun jadilah...



nak cite pasal ipad nih..sebenarnya promosi rm699 tu sampai 30 june jew.. lagi 2 hari nak habis promosi punyelah aku sibuk2 nak mencari ipad nih...p maxis centre dah habis stok, call kedai maxis pun habis stok... aduhai punyelah frustkan...sampaikan hari last 30 june tu kat kl pg lah cari kat mid valley & alamanda...kl pun habis stok..mulalah pk memang dah xde harapan nak memiliki benda alah nih...

tup2 hari isnin 2 julai kedai maxis kat menglembu call. cine tu bgtau ade stok tp hitam & promosi sambung sampai 15 julai. mula2 xnak jugak sebab aku lebih minat yg putih dari hitam..tp rezeki jugaklahkan sebab aku dah booking awal kat die. akhirnya aku amik jugaklah...

harga RM699 memang berbaloi sebab harga sebenar kalau beli kat apple store, senheng ke RM1899 memang jgn harap aku nak beli kalau benda mahal2 nih...aku tya kat GM pun RM2099 tu sekali dengan application...mau rabak duit...aku ade jugak tya kat celcom pakej sekali ipad ternyata jauh lebih mahal berbanding MAXIS.

inilah die The New Ipad yg baru aku beli semalam
Nasib sebelum nie papa mia  guna broadband MAXIS dapatlah  promosi ipad ni kalau x jgn haraplah...Untuk pakej nih monthly kene bayar RM108 untuk 12GB. yg monthly tu aku serahkan bulat2 kat papa mia suh die bayar sebab die xkuarkan 1 sen pun tuk RM699 tukan ha padan muka. b4 nih die bayar rm68 jew up lagi rm40 haha...Ipad nie bukan untuk gune aku je tp mia & papa pun boleh gune...hehe

casing baru tuk Ipad ku...





























Monday, July 02, 2012

mY MIA 5 months old

29 Jun - 1 Julai 2012 -  travel to putrajaya - kl - klang

pejam celik pejam celik mia dah 5 bulan...Time ni mommy ngn papa bawak mia p umah mak lang kat putrajaya. 1st time mia jalan jauh tau.. mia sikit pun xngs sonok adelah... suke je die p jalan2...

ape yg mia dah pandai??
*mia dah pandai meniarap dengan cepat...
*pandai duduk dengan tegak tp mommy kene pegang kalau x mau jatuh tergolek...
*senyuman mia buat mommy rase nak gomol2 jew...


time ni mia baru lepas bgun tido..terus meniarap

muka penat lepas balik dari ronda kl


bulatnye...

cam xikhlas je senyum..




alolo.busyuk mommy nih

mia memang suke duk cam nih...

wat muka comel plak die...




Nak dijadikan cerita... lepas shopping kat jalan tar singgah pulak kat mid valley tuk lunch..kami lunch kat kenny rogers roasters.. elok plak mommy tgh makan mia berak nasiblah time tuh papa yg pegang mia jadinye air taik mia dah meleleh kat seluar papa... busuk ya amat...kenelah semuanya cepat2 makan sebab nak basuh berak mia...mia berak banyak sangat sampai terkeluar-keluar...time ni mia gelak2 pulak die..geram je mommy tgk budak busyuk nih....habis 1 baju mia kene taik.. lepas basuh berak mia terus balik
xboleh nak jalan2 kelain dah coz suar papa tuh dah busuk bau taik mia...hahaha padan muka papa mia tuh...


 
budak busuk mommy

time ni kot mia berak...haha


3 beranak jew..

mia & mommy

xpuas mommy nak shopping kat jalan TAR. abg ilman tu yg lebih2 nak balik..huhu mia ok jekan tp xmau duk dalam stroler nak berdukung...nek lenguh tangan mommy.. bila dah lenguh mommy pun ajak p destinasi seterusnye plak... pasni mommy shopping mia kene tinggal dgn opah tau.. leh mommy shopping puas2... tp tunggu raye tahun depanlah..hehe

jalan2 di jalan TAR

adik mia dan abg ilman

muka mia masam dah xnak duk dalam stroler



last destination.. pg wedding pipit... lame betul time kat umah pipit jenuh tunggu die bersanding nak dekat pukul 3 tuh...pas pipit bersanding baru balik ipoh...nasib mia xmeragam time nih...syg mia tuh..