Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Friday, March 13, 2020

::D' ARISSA HOMESTAY IPOH::




Rumah Teres 2 tingkat di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, Ipoh Untuk Sewa Harian/Mingguan/Bulanan.

Alamat:
No. 40, Persiaran Pengkalan Timur 5,
Taman Desa Pakatan,
31650 Ipoh Perak.

 

 TEMPAT – TEMPAT YG BERDEKATAN

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN


  • Klinik / Aeon Jusco Station 18 / Tesco Station 18 / McD / Domino's Pizza / Tutti Fruity / Maybank - 2 minit
  • SAS Airport/ Pusat Pentadbiran Kerajaan/ Pusat Bandaraya Ipoh  15 minit
  • TUDM - 15 minit 
  • Kuarters TUDM - 3 minit 
  • Kellie Castle/ Sek Sultan Yusuf/ Bandar Batu Gajah - 20 minit
  • Gerbang Malam Ipoh - 20 minit
  • Limau Bali/ Medan Gopeng - 20 minit
  • Kolej Polytech Mara - 20 minit
  • UiTM/ IKBN/ KPM/ UTP/ SM Teknik/ Bandar Sri Iskandar - 30 minit
  • Politeknik/ STAR/ SMA Izzudin Shah/ INTIM/ RTM - 20 minit
  • Lost World of Tambun Water Park - 25 minit 
  • Tol PLUS Simpang Pulai - 15 minit 
  •  Terminal Aman Jaya - 20 Minit

KADAR SEWA 

1 Malam - RM 180


3 Malam - RM 500

7 Malam (seminggu) - RM 1000

 


Sebarang Pertanyaan sila hubungi:


019-5709540 –Ieda  atau 019-2801691- Anuar

 

SILA KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN.


 



Monday, July 08, 2013

Opening D' Arissa Homestay 6 Julai 2013

Salam semua... 
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga merasmikan D' Arissa homestay seperti yg dirancang. Keaadaan amat2 kelam kabut kerana kami baru balik dari bercuti di Sabah. Kami buat majlis bacaan Yassin dan jamuan makan tengahari dan jemputan adalah seramai 100 orang. Terima kasih kepada yang telah hadir dan yg memberi ucapan tahniah kepada kami. Doakan bisness kami ni berjalan dengan lancar dan maju. Amin...

ini kad undangan bukan kan jemputan yer...


suasana sebelum majlis bermula


ruang makan
malam sebelum majlis kami tidur di Homestay
ade jugak gambar anak dara i nih...

Monday, March 18, 2013

::CARA MEMBUAT TEMPAHAN::

Sila isi borang tempahan anda di Menu 'BORANG TEMPAHAN' @
Sila telefon/SMS ke 019-5709540/019-2801691
email - ieda_hamster2701@yahoo.com dan berikan butiran berikut:

1. Nama penuh
2. Alamat tetap
3. Tarikh check-in dan check-out
4. Tujuan menginap

Tempahan akan ditolak jika homestay telah penuh pada tarikh yang dipilih. Tempahan sah bila wang deposit RM50.00/malam dibayar. Bayaran deposit boleh dibuat secara bank-in atau GIRO transfer.

Friday, March 15, 2013

Pendaftaran Elektrik & Air

salam semua...
Hari ni saya nak berkongsi sedikit berkenaan  pendaftaran elektrik & air untuk rumah 2nd yg saya beli. Untuk makluman semua rumah yg saya beli ni meter elektrik & air sudah tiada, maknanya owner sebelum ni sudah membuat penutupan akaun. Berikut adalah dokumen2 yg diperlukan dan bayaran2 yg diperlukan untuk mendaftar :

Daftar elektrik TNB

  • 1 copy kad Pengenalan
  • 1 copy kad pengenalan saksi (suami/isteri/anak)
  • 1 copy S&P
  • Resit bil elektrik owner lama (jika ada)
Bayaran pendaftaran : RM 280
Setem Hasil : RM 10
Buka akaun : RM 3
jumlah : RM 293

Semuanya aku buat kat UTC Perak, wat malam pun boleh sebab kaunter tutup pukul 10.00 malam. Tp sayangnya untuk daftar air xboleh buat kat UTC sebabnya meter xde, terpaksa lah pg LAP di hari yg berikutnya. 

Daftar air LAP (Lembaga Air Perak)
  • 1 copy kad Pengenalan
  • 1 copy S&P
  • Resit bil air owner lama (jika ada)
Bayaran Cagaran : RM 80
Buka akaun : RM 10
Pasang meter : RM 40 ( bayar dekat plumber LAP lepas pasang meter )
Jumlah : RM 130 


So, kepada yg baru beli rumah baru ke 2nd ke, kenalah sediakan dekat RM500 untuk 2 benda nih.
Sekian dari saya, sharing is caring...
 




Wednesday, March 13, 2013

::SILA LENGKAPKAN BORANG UNTUK TEMPAHAN::


NAMA PENUH :
NO. KAD PENGENALAN :
ALAMAT TETAP :
NOMBOR TELEFON
TARIKH MASUK (CHECK-IN)
TARIKH KELUAR (CHECK-OUT)
BIL. MALAM :
BIL. TETAMU :
ALAMAT E-MEL/ EMAIL ADDRESS :

Get your own free form like this one.

::KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN::



Kemudahan yang disediakan di D’ Arissa Homestay

Ruang Rehat/Living room
  • Sofa 3+1 dan meja kecil
  • TV 21’’
  • Kipas siling
 Ruang Makan
  • Set meja makan Jepun
 Bilik 1 (tingkat bawah)
  • Kipas siling
  • 1 HP Air-condition
  • 1 Set katil Queen
  • Almari baju
Bilik 2 (Tingkat atas)
  • Kipas siling
  •  1 HP Air-condition
  • 1 Set katil Queen
  • Meja solek
  • Almari baju
Bilik 3 (Tingkat atas)
  • Kipas siling
  • 2 Set katil single
Ruang Dapur
  • Mesin basuh automatik
  • Peti sejuk
  • Periuk nasi elektrik
  • Cerek elektrik
  • Pembakar roti  
  • Dapur gas siap dengan peralatan asas memasak
  • Set pinggan-mangkuk, cawan, gelas, sudu-garpu untuk 6 orang
Lain-lain
  •  Parking kereta berbumbung (untuk 2 kereta)
  • Ampaian/jemuran pakaian dihadapan rumah
  • Seterika dan papan alas menggosok
  • Sehelai sejadah
  • 2 helai tuala mandi

::SYARAT-SYARAT & PERATURAN::


Syarat-syarat dan Peraturan
Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:

1.      Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.

2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk kerumah penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan.

3. Dilarang sama sekali menjadikan homestay  tempat mengadakan majlis perkahwinan, kenduri atau apa saja yang berkaitan dengan acara keagamaan seperti membakar colok, kemenyan, setanggi, gaharu dan lain-lain di dalam atau di halaman homestay.

4. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan samasekali.

5. Maaf. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk samasekali.

6. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah penginapan. Pastikan pintu, gril dan pagar rumah dikunci apabila anda meninggalkan rumah walau pun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barangan berharga semasa anda menginap.

7. Sila gunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup pili air, lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.

8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah supaya tidak mengganggu lalulintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran. Kereta/kenderaan yang di parkir di halaman atau di luar rumah adalah atas tanggungjawab/risiko anda sendiri.

9. Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa kedalam bakul atau tong sampah yang disediakan.

10. Sila cuci dan basuh serta kembalikan ketempat asal semua peralatan memasak, pinggan-mangkuk yang telah digunakan.

11. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.

12. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama lampin bayi dan tuala wanita) kedalam mangkuk tandas di bilik air untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan kedalam bekas yang disediakan.

13. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku sebaik saja anda mula menerima kunci rumah penginapan. Kami sedar anda sedaya upaya berusaha untuk tidak melakukan apa jua kerosakan terhadap peralatan atau barangan yang terdapat di rumah penginapan. Kadangkala kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi kami juga mempunyai hak untuk menuntut gantirugi jika didapati kerosakan yang berlaku adalah akibat kecuaian/kelalaian anda.

14. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot, sila susun semula dan kembalikan ketempat asal sebelum anda check-out.

Tanggungjawab (liability):
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
Sila tinggalkan RUMAH ini dengan kualiti kebersihan sama seperti semasa anda mula memasukinya.

SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI D’ ARISSA HOMESTAY - TERIMA KASIH. SELAMAT JALAN DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. 

 

Wednesday, December 05, 2012

::HUBUNGI KAMI::

Sebarang Pertanyaan sila hubungi: 
IEDA - 019-5709540 @ ANUAR - 019-2801691 @ Sila lengkapkan borang di bawah untuk sebarang pertanyaan melalui e-mail.
Name:
No. Tel :
Email Address:
Pertanyaan :

Click here to put a form like this on your site.

:: KADAR SEWA ::


Isnin hingga Ahad - RM 180/malam (sewa untuk 3 malam = RM 500)

sewa untuk 7 malam (seminggu) = RM 1000


sewa untuk 1 bulan  = RM 3000

 

KADAR SEWA


Isnin hingga Ahad - RM 180/malam (sewa untuk 3 malam = RM 500)

sewa untuk 7 malam (seminggu) = RM 1000
 
Wang cagaran/deposit menginap:
Tetamu yang mendaftar perlu membayar deposit menginap sebanyak RM100.00 semasa check-in. Deposit akan dipulangkan selepas check-out (sekiranya tiada apa-apa kehilangan atau kerosakan barangan di dalam Homestay).

***Pembatalan tempahan
Sila hubungi kami jika ingin membatalkan tempahan seawal mungkin. Pembatalan yang dibuat kurang daripada 48 jam akan menyebabkan deposit anda hangus.