Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

beras perang + Apricot + kismis + pisang

bubur yg telah siap dimasak

bubur yg telah siap diblender. Mia pun sgt suka menu ni.

Bahan - Bahan:
  • beras perang
  • kismis
  • apricot kering
  • pisang
Cara membuat:
  • Masak beras perang sehingga menjadi bubur
  • Masukkan apricot dan kismis dan kacau
  • Padamkan api dan masukkan pisang dan lenyek2kan.
  • Apabila telah suam blender sehingga halus mulus.

Tuesday, July 31, 2012

Khasiat buah Avocado

Salam semua...
minggu lepas mommy dah try bagi mia makan buah avocado. Mia sgt suka habis die makan. napelah buah ni mahal sgt... kalau x boleh bg mia makan selalu. Avocado yang mommy beli ni adalah dari Australia sebiji Rm 5.00 kat Tesco. Kat bawah ni mommy mia akan terangkan cara nak buat puri avocado.

buah ni belum masak kenelah peram dulu

balutkan dengan kertas

ni mommy ikut petua simpan dalam bekas beras

nak tau buah ni dah masak ke belum try picit kalau lembut tu oklah.

untuk jadi puri mommy blender dengan sedikit air.

suka sgt mia makan.

kat bawah ni adalah sedikit info tentang khasiat buah Avocado. SELAMAT MEMBACA...

BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.
Tetapi kini, banyak pendedahan mengenai nutrisi dan khasiat yang terkandung di dalamnya menyebabkan buah avokado menerima populariti yang semakin tinggi.
Menurut Pakar Hortikultur dari Queensland, Jodie Campbell selain daripada produk kecantikan, buah avokado juga sangat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan Barat mahupun Asia.
“Hanya dengan sedikit tambahan, ia mampu memberi kita manfaat kesihatan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Buah avokado juga mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.
“Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol,” katanya yang hadir untuk mempromosikan buah tersebut di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) untuk sebuah program latihan A Taste of Australian Avocados baru-baru ini.
Program interaktif itu dianjurkan oleh Euro-Atlantic Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport buah-buahan, sayuran dan beberapa jenis makanan laut yang segar dan beku. Program itu dihadiri lebih 100 peserta daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk dari hipermarket, supermarket dan peruncit.
Selain menceritakan khasiat buah tersebut, Campbell yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang nutrisi buah avokado, turut berkongsi pelbagai topik berkaitan buah avokado termasuk cara yang betul untuk memegang buah tersebut, proses penghantaran dan bekalan. Tidak ketinggalan beliau memberi tip mengenai cara pemasaran buah berkenaan.
“Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja,” kata Campbell yang turut memberitahu tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi.
Katanya, kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat.
Dalam pada itu, seorang chef, Malcolm Goh turut mendemontrasi cara mudah menyediakan menu sihat iaitu Avocado Zimbabwe.
Tambah Campbell, pihaknya kini banyak mempromosikan kebaikan buah avokado kepada orang ramai kerana ramai yang kurang faham mengenai buah tersebut.
“Buah avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit,” katanya.
Sementara itu Penolong Pembekal Luar Negara Euro-Atlantic, Su’aidah Ahmad berkata, pihaknya memilih untuk mempromosikan buah avokado dari Australia atas permintaan tinggi pelanggan.
“Kami dapati pelanggan lebih gemar memilih avokado Australia berbanding Mexico dan Sepanyol kerana kualiti dan rasa.

Monday, July 23, 2012

Khasiat beras perang

Salam semua
Lagi beberapa hari lagi mia dah nak masuk 6 bulan, so mommy mia akan mula memperkenalkan mia dengan  bubur nasi. So mommy decided tuk bagi mia makan bubur nasi dari beras perang. Untuk pengetahuan semua mia telah diperkenalkan solid food bermula umur 5 bulan setengah lagi dengan puri buah2an sahaja yer...
mommy mia telah mencari info berkaitan dengan beras perang ni dan terjumpalah info dari kosmo online. di bawah ni adalah infonye SELAMAT MEMBACA....

KHASIAT beras perang terletak pada lapisan dedak luarnya dan embrio.


BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.
Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.
Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.
“Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.
“Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
“Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.
Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.
“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

InsyaAllah untuk entry yang berikutnya mommy mia akan tunjukkan cara2 menyediakan bubur nasi dari beras perang... tunggu yer...

Friday, July 20, 2012

1st solid food untuk Mia - puri epal

Salam semua...

Mommy Mia dah mula bagi Mia makan solid food pada 17 Julai  hari tu, umur mia lebih kurang 5 bulan setengah. Untuk permulaan mommy bagi buah apple tuk mia,  mommy buat cair2 tuk mia. semangat mommy nak bagi mia makan time nih..mia pun bersemangat. Kat bawah ni mommy mia nak ceritakan bagaimana cara mommy Mia sediakan puri apple tuk mia.
ambil sebiji epal Fuji
kupas kulit dan potong kecil2 cam nih

mommy letakkan dalam mangkuk semasa mengukus supaya air buah yg keluar  dapat digunakan semasa blender.

masukkan ke dalam blender bersama2 dengan air buah yg keluar semasa mengukus tadi..


blender sampai halus mulus

tapiskan... sebenarnye xperlu tp sebab permulaan kene tapis jugak ye.

inilah hasilnya.. yg dalam bekas ni mommy simpan kat dalam peti ais tuk esok.
sedia tuk bagi mia makan...

Mia dah sedia untuk makan

belum sempat mommy nak suap.. die dah masukkan sudu dalam mulut die dulu...

yang ni time dah habis mia nangis nak lg... tp mommy xbgpun sebab mula2 mommy bagi sikit je dulu...sian die...






Untuk hari berikutnye plak mommy akan bagi mia puree yg sama selama 2 or 3 hari, lepas tu baru mommy tukar buah pear. Mula2 mommy nak bg mia makan puree avocado tp buah tu dalam proses pemeraman. xsempat nak start dengan puree avocado. kene tunggu buah tu masak dulu baru mia boleh try avocado pulak...

Tuesday, July 10, 2012

Introducing solid food


Salam semua…
Mommy mia bercadang untuk memulakan solid food untuk mia pada usia mia 5 bulan 2 minggu. lagi beberapa hari je lagi...
Mesti ramai yg tertanya2 xterlalu awal ke bagi solid food kat anak? Jawapan aku mudah jew..Kenapa nak tunggu sampai dia reach six months? Kenapa tidak based on your baby's development? Lagipun mommy mia dah tya doctor die cakap ok jew kalau nak bagi puri buah dan untuk permulaan kene bagi sekali sehari jew. tp kalau nak bg karbohidrat kene tunggu 6 bulan tau. bertambahlah rutin harian mommy lepas nih tp xper janji mommy dapat bagi mia makanan dari air tangan mommy itukan lebih baik....Untuk maklumat mommies semua mia bukanlah fully bf sebab sehari sekali mesti kene campur dengan fm.. tp xpelah janji aku dah buat terbaik tuk mia xcukup tu belakang kira..yg penting niat aku untuk menyusukan mia sehingga 2 tahun akan tercapai...

opss.. berbalik pasal solid food tadi..Kat bawah ni adalah maklumat yg aku cari...
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu

Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. PASSED

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. PASSED

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. (yang ni aku xpasti, yg aku pasti kenelah try bg mia makan dulu)

• telah naik berat badan 2 kali ganda secara sihat
Berat lahir mia 2.6kg, masa cucuk 5 bulan hari tu mia sudah 6.5 kg. PASSED

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Sian mia kadang aku makan atau papa die makan die tgk jew. Kadang tu sampai nak menjangkau makanan yg aku makan tuh. PASSED

So bila umur mia dah 5 bulan setengah nanti aku akan mula perkenalkan die dengan solid food.
Tp ape yg penting aku kene ikut ‘4 day wait rule’.
Ok sebelum tu aku nak terangkan pasal ‘4 Days Wait Rule’.
‘4 days wait rule’ tu adalah memberkenalkan satu persatu puri buah yg sama selama 4 hari berturut2. Ini adalah untuk memudahkan kite mengesan sesuai atau tidak baby dengan makanan tersebut, manalah tau kot2 terkene elergik ke sembelit ke...
Ingat ye jangan campurkan dua atau lebih jenis makanan sebab kalau terjadi alahan seperti ruam dan sebagainya susah nak kenalpasti mana satu puncanya. Pada aku memang WAJIB perkenalkan puri buah dulu pastu baru bubur nasi. Sebabnya buahkan lebih mudah lawas.

yang ni aku bagi contoh jadual ‘4 days wait rule’
 Mommy akan bagi mia ape yg ditulis di atas nih jew. Tp mommy xkan bagi mia rice, barley or oat selagi mia x masuk 6 bulan.


Thursday, July 05, 2012

Peralatan untuk sediakan solid food Mia


Salam semua…
Now mia sudah 5 Months old xlame lagi mia akan mula makan solid food. So kenelah mommy mia  persiapkan segala peralatan untuk solid food mia. Sebenarnye mommy mia sgt2 xsabar untuk bagi mia solid food. Mommy mia juga sgt happy sebenarnya kerana ingin berkongsi kepada semua mommy diluar sana tentang alatan yg perlu digunakan semasa menyediakan solid food. semua barang2 nih semua dah ready tinggal tunggu mia je lagi..

1. Blender

 Yang ni mommy mia beli brand Philips avent khas untuk blend makanan mia jew. Mommy mia beli blender ni kat Littlewhiz RM 175.20.


2. Baby cube

Baby cube ni mommy mia beli yg 2oz, harganya adalah RM33.20.. mahalkan dan sebab mahallah  mommy mia beli 1 je. Yang lain  mommy mia beli ice cube with lid kat giant baru RM 3.90 . jimat duit..hehe. Baby cube ni untuk frozen puree. Nanti nak masak amik jer 1 cube dan campak je dalam bubur nasi.

3.Slow cooker

Slow cooker ni mommy mia beli brand faber. Kebetulan ade member sale kat Senheng time tu dapatlah dengan harga RM49.90 kalau xsilap. Slow cooker ni sgt2 berguna untuk mommy2 yg bekerja. Memudahkan kerja mommy, kalau nak masak bubur boleh masak sebelum tido dan bila bangun pagi terus masukkan puri dan biar je. Sementara tu bolehlah wat ape2 yg patut…kan senang xdelah terkejar2 nak pg kerje…


4.Food Steamer
Yang ni sebenarnya xguna sgt pun ku rase.. sebabnye boleh steam atas dapur jekan tp saje2 nak membanyakkan lagi bil elektrik. Tp ok jgk time steam leh wat keje lain xdelah sampai air kering pun xsedar kalau gune steam biasekan…bijak..bijak… Yang nipun mommy beli kat Senheng time member sale dapatlah RM 79.00.

5.Food Jar & Vacuum flusk
Food jar ni tuk bekalan mia ke rumah opah. So opah xpayah susah2 nak masak tuk mia yer..mommy dah siapkan bubur nasi tuk mia. Sesuai jugak untuk pg travel boleh tahan 7 – 8 jam xsilap. Food Jar & Vacuum flusk ni mommy mia beli RM 109.00 kat littlewhiz.

6. Anbebe Baby Seat



 Comelkan baby seat ni. Sesuai tuk anak mommy. Yang ni pulak mommy mia beli kat kawan papa mia. Harga RM150.00. nak dapat seat ni kene tunggu sebulan tu punyalah lame menunggu. Mommy mia pilih seat ni sebab senang nak bawak mane2 masuk je dalam bonet kete. hehe

7. Feeding set



Basic Cereal Bowl Set
Nuby the nibbler mesh Feeder

Nuby Squeeze Feeder














8. Periuk dan penapis




periuk dan penapis baru untuk masak bubur mia

9. Buku resepi



Buku ni mommy mia xbeli sebenarnya tp mommy dapat softcopy dari group solid food dan print jew. Buku ni memang sgt2 membantu.

Tuesday, June 19, 2012

Berkhasiatkah Makanan Sejuk Beku?

 Assalammualaikum semua...

Skrg ni mia dah nak dekat 5 bulan, so aku telah mula mencari info pasal solid food. yer.. xlame lagi mia akan start makan... aku yg xsabar sebenarnya.
Memandangkan aku ni adalah seorang ibu yg berkerja dan berniat untuk hanya memberikan mia makanan dari air tangan aku sendiri so frozen solid food adalah jawapannya. ..
hari ni kt ofis aku surf la info mengenai solid food..terjumpa info yg amat berguna bagi aku dalam menyediakan solid food untuk my mia tersayang..salah satu yg aku rasa mcm rajin nk share psl makanan sejuk beku  untuk ibu2 yg berkerjaya cara yang plg sng dan jimat masa ialah msak byk2 then freezer kan je..Info ni aku dapat dari majalah pa&ma.. berikut adalah infonya:



Di barat, makanan bayi yang disejukbekukan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Namun, hal ini masih baru di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi yang disejukbekukan ini, Pa&Ma telah mendapatkan maklumat daripada Valerie Kong Swee Hwa, Pakar Pemakanan, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor.

Kesibukan ibu hari ini menyebabkan ramai di kalangan kita tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Atas alasan ini, makanan bayi segera yang banyak dijual di pasar raya seperti bijirin bayi dan makanan sedia dalam botol menjadi pilihan. Persoalannya sekarang, adakah makanan segera ini berkhasiat?

Menurut Valerie, makanan jenis ini tidak digalakkan kerana lebih 60% makanan bayi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula ataupun garam yang tinggi, ataupun kedua-duanya tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa membaca label kandungan nutrien yang ada pada botol atau kotak makanan tersebut. Makanan segera bayi yang dijual boleh diterima jika kandungan sodium atau natriumnya kurang daripada 130mg per hidangan. Manakala jumlah kalori dari gula pula mestilah kurang 20%.

Jadi, untuk memastikan anak mendapat makanan yang berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, beliau mencadangkan agar ibu bapa merancang makanan harian untuk si manja. Ilmu pengetahuan tentang pemakanan anak perlu ada dalam diri semua ibu bapa. Daripada proses penyediaan, cara menyimpan hinggalah cara memanaskan. Semua mesti tahu.

Untuk pengetahuan, ketahanan atau jangka hayat makanan yang ingin disejukbekukan bergantung pada jenisnya. Ibu bapa disarankan agar menyediakan dan menyejukbekukan sayur-sayuran setiap minggu. Manakala makan protein boleh tahan sehingga satu bulan. Buah-buahan yang ingin disejuk beku disarankan agar tidak dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya. Buah-buahan yang ingin disejuk beku bolehlah dibersihkan, dipotong kecil dan dipek berasingan dalam beberapa bekas kecil. Jika ingin digunakan, keluarkan dari peti ais, letakkan pada suhu bilik sehingga ais mencair dan purikan. Beri terus makanan tersebut kepada anak.

Utamakan Kebersihan
Perkara yang perlu dititikberatkan ketika proses penyediaan makanan untuk anak-anak ialah memastikan makanan yang dimasak itu menepati suhu yang sepatutnya. Oleh itu, anda disarankan agar membeli termometer makanan untuk memeriksa suhu makanan setiap kali memasak.

Biasanya bayi yang berusia enam bulan ke atas atau bayi yang boleh mengangkat kepalanya sendiri tanpa sebarang bantuan sahaja yang boleh diberi makan makanan yang telah disejukbekukan. Apa pun, hal ini bergantung pada individu.

Valerie memberitahu bahawa untuk menyediakan makanan sejuk beku, anda perlulah memastikan tangan dibersihkan dahulu sebelum memegang sebarang makanan. Peralatan memasak serta bekas yang digunakan untuk menyimpan makanan juga perlu dibasuh bersih dan dinyahkuman.

Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur selama satu minit di dalam air mendidih. Anda boleh juga menggunakan teknik stim. Sayur yang telah dicelur itu kemudiannya dimasukkan ke dalam air berais untuk menghentikan proses memasak. Selepas itu, masukkan sayur tersebut ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga halus atau menjadi puri. Sejukkan puri tersebut dalam suhu bilik. Kemudian, sendukkannya ke dalam bekas air batu kiub. Balut bekas tersebut dengan plastik dan terus masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais anda. Cara ini dapat mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar. Makanan yang disejukbekukan mampu mengekal nutrien yang terkandung di dalamnya.

Tambah beliau lagi, jika di sediakan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku selamat disimpan selama satu hingga dua bulan. Paling maksimum ialah selama tiga bulan. Walau bagaimanapun bergantung pada suhu bahagian sejuk beku peti ais anda. Jangka hayat makanan ini berdasarkan kepada suhu bahagian sejuk beku yang kurang 0°C. Tetapi sekiranya makanan tersebut hanya diletakkan di dalam peti ais, jangka hayatnya kurang 48 jam. Sebenarnya, anda digalakkan agar menghabiskan makanan sejuk beku tersebut dalam tempoh satu bulan. Perkara yang paling penting ialah memastikan peti ais anda dalam keadaan yang baik, iaitu suhu beku kurang daripada 0°C.

Bekas air batu kiub dan beg plastik sejuk beku selamat digunakan untuk menyimpan makanan sejuk beku. Bekas air batu kiub paling sesuai kerana anda boleh mengambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya boleh terus disimpan.

Menjawab soalan tentang cara untuk memberi anak makan makanan yang telah disejukbekukan, Valeria menerangkan bahawa makanan sejuk beku tersebut perlulah dikeluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak dan letakkan ke dalam peti ais bahagian biasa. Biarkan semalaman. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kaca. Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku bayi. Pertamanya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan mangkuk kaca berisi makanan sejuk beku itu ke dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Kacau dan panaskan lagi sehingga mencapai suhu yang dikehendaki. Cara yang kedua pula menggunakan kaedah ‘sunmersion’ atau kaedah ‘double boil’. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar jangan sesekali memanaskan semula makanan sejuk beku di dapur bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.

Valerie turut menegaskan agar anda hanya membeli bahan mentah yang benar-benar segar dan bersihkan dengan sempurna. Pastikan makanan berada dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan disejukbekukan. Gunakan hanya sedikit air di dalam makanan yang ingin disejukbekukan dan gunakan api yang perlahan semasa memasak. Terlalu banyak air akan memendekkan jangka hayat makanan. Ingat, jangan sejuk bekukan kembali makanan yang sudah dicairkan. Hal ini kerana proses sejuk bekukan dan pemanasan kembali makanan akan menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan air liur dari mulut bayi boleh menyebabkan pencemaran.