Showing posts with label kisah mia. Show all posts
Showing posts with label kisah mia. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Mia @ Family day UTP...

Hari sabtu yg lepas ada Family day kat Lost World Tambun. dari awal lagi aku dah xcited nak pegi sebabnye nak bawak Mia yg xpenah pg lagi, sebelum ni die merasa mandi kat swimming pool jekan...sian Mia papa mia xpenah bawak punkan... tp rezeki dapatlah kami pegi dengan percuma....baju pun UTP sponser, ala sian Mia baju Mia terlalu besar untuk dipakai, xperlah mommy beli yg lain yg sesuai tuk mandi manda...Mia ni dari kecik pun die memang pantang jumpe air, so xhairanlah kalau die xtakut langsung dengan air, sonok betul die dapat berendam...
ape yg paling best xpenah2 papa Mia tu menang lucky draw hari tu menang jugak akhirnya, org lucky yg ke 26 dari 50 orang, tengah2 tuh, ingat senang nak dapat. staf semua lebih kurang 500 org tuh... nak tau ape yg papa Mia tu dapat?? papa Mia dapat Tefal fry Pan, Tefal tu beb aku pun gune kuali biase jew sape nak bagi...walaupun xdapat grand prize kami tetap bersyukur dari xdapat apekan...untungkan sape yg dapat grand prize tuh, leh tambah sebiji lagi TV kat umah.
dah puas mandi manda, Mia dah stat meragam, penat sgt kot. dalam pukul 2 kami dah keluar dari situ. Selesai sudah Family day UTP, family aku pun sgt2 gembira sebab xbalik dgn tangan kosong macam sebelum2 nih....korang layanlah gambar2 yg ade yer...byebye...

baju Mia yg besar, baju ni Mommy simpan dulu yer, nanti Mia dah besar boleh pakai...




muka happy Mia...







muka sengih Mia...

 yeay menang....

Monday, February 04, 2013

Happy 1st Birthday MIA...

Tanggal 1 Februari 2013 genaplah umur Mia setahun. Wah dah besar dah anak dara i nih... memandangkan birthday Mia jatuh pada hari Jumaat so kami sambutlah hari yg berikutnya iaitu hari Sabtu, almaklumlah kebetulan pulak my SIL nak nikah hari ahad tu so ptg sabtu tu kami pun watlah kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi Mia. xsangka kan kejap jew masa berlalu dah setahun, rasenye baru semalam jer Mia keluar dari perut aku...huhu
Nak citer ckir pasal perkembangan Mia pulak, Mia oh Mia budak yg dah banyak akal, kadang sampai xterkawal dengan keaktifan die, memang penat Mommy jaga Mia tp Mommy sgt happy bile melihat Mia membesar depan mata Mommy, i luv u sayang... dan dah setahun dah Mia di asuh oleh Opah Mia, Syukur sgt2 mak masih ada untuk cucu 1st. Kadang2 sian jugak tgk opah penat jaga Mia tp kalau nak bg kat Bs lagi xamanlah jiwa mommy jawabnye.
Sekarang ni Mia masih xboleh jalan lagi maybe dalam sebulan dua kot, gaya nak berjalan dah ade cume gayat kot...haha
Gigi Mia pun xtumbuh2 lagi, gusi dah keras dah tp gigi xkeluar2 lagi, malu kot...haha macam2lah perkembangan Mia nih, xper yg penting happy yer sayang...
 ok cite pasal birthday Mia td, ramai jugak yg datang sampai xcukup makanan. Menu yg telah dibuat adalah, spegeti, bihun sup, bubur, nugget,sosej dan paling best aku ade buat candy buffet. Ape2pun terima kasih pada yg hadir kerana telah memeriahkan lagi majlis.

kek birthday Mia

candy buffet













































selepas selesai semuanya time untuk mengemaslah pulak...



Mia esoknya sewaktu kenduri kahwin

Monday, December 17, 2012

SCR5 atau SCR6 ? pening kepala aku dan hubby nak pilih...

Umur Mia sudahpun menjangkau 10 bulan setengah aku dan hubby barulah belikan Mia stroller. Sebelum ni aku pinjam je dari kakak ipar dan baru2 ni kami diminta untuk memulangkan semula untuk generasi yg seterusnya. Oleh kerana Mia memang masih memerlukan stroller, so kami decide tuk beli yg baru. Ape yg penting boleh turunkan kepada adik Mia nanti bila Mia dah xgunakan. Budget kami adalah tidak melebihi RM500. 

ada 2 pilihan hati kami dan kami perlu memilih antara satu.

SCR5 - 4 roda
Net Weight : 8kg

Features :
  • Suitable from birth till 3 years (<17kg)
  • Innovative design and portable lifestyle stroller
  • Lightweight aluminum frame
  • Adjustable backrest and footrest
  • Can be in forward or rearward facing
  • Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter
Dimensions :






combine dengan SCR7 untuk baby

dimension

SCR6 - 3 roda

Net Weight : 8.4kg

Features :
  • Suitable from birth till 3 years (<17kg)
  • Innovative design and portable lifestyle stroller
  • Lightweight aluminum frame
  • Adjustable backrest and footrest
  • Can be in forward or rearward facing
  • Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter
Dimensions :




kedua duanya sama je cume beza ada 4 roda dan 3 roda. selain tu kecik dan besar basket. Last2 kami pilih SCR 5 sebab shopping basket lebih besar dari SCR 6. haha ni mesti sebab nak b'shopping je lebih kan. Akhirnya dapatlah Mia stroller baru semalam setelah pencarian kami  di Jaya Jusco Kinta City berakhir...sekian...