Wednesday, March 13, 2013

::SILA LENGKAPKAN BORANG UNTUK TEMPAHAN::


NAMA PENUH :
NO. KAD PENGENALAN :
ALAMAT TETAP :
NOMBOR TELEFON
TARIKH MASUK (CHECK-IN)
TARIKH KELUAR (CHECK-OUT)
BIL. MALAM :
BIL. TETAMU :
ALAMAT E-MEL/ EMAIL ADDRESS :

Get your own free form like this one.

::KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN::



Kemudahan yang disediakan di D’ Arissa Homestay

Ruang Rehat/Living room
  • Sofa 3+1 dan meja kecil
  • TV 21’’
  • Kipas siling
 Ruang Makan
  • Set meja makan Jepun
 Bilik 1 (tingkat bawah)
  • Kipas siling
  • 1 HP Air-condition
  • 1 Set katil Queen
  • Almari baju
Bilik 2 (Tingkat atas)
  • Kipas siling
  •  1 HP Air-condition
  • 1 Set katil Queen
  • Meja solek
  • Almari baju
Bilik 3 (Tingkat atas)
  • Kipas siling
  • 2 Set katil single
Ruang Dapur
  • Mesin basuh automatik
  • Peti sejuk
  • Periuk nasi elektrik
  • Cerek elektrik
  • Pembakar roti  
  • Dapur gas siap dengan peralatan asas memasak
  • Set pinggan-mangkuk, cawan, gelas, sudu-garpu untuk 6 orang
Lain-lain
  •  Parking kereta berbumbung (untuk 2 kereta)
  • Ampaian/jemuran pakaian dihadapan rumah
  • Seterika dan papan alas menggosok
  • Sehelai sejadah
  • 2 helai tuala mandi

::SYARAT-SYARAT & PERATURAN::


Syarat-syarat dan Peraturan
Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:

1.      Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.

2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk kerumah penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan.

3. Dilarang sama sekali menjadikan homestay  tempat mengadakan majlis perkahwinan, kenduri atau apa saja yang berkaitan dengan acara keagamaan seperti membakar colok, kemenyan, setanggi, gaharu dan lain-lain di dalam atau di halaman homestay.

4. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan samasekali.

5. Maaf. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk samasekali.

6. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah penginapan. Pastikan pintu, gril dan pagar rumah dikunci apabila anda meninggalkan rumah walau pun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barangan berharga semasa anda menginap.

7. Sila gunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup pili air, lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.

8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah supaya tidak mengganggu lalulintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran. Kereta/kenderaan yang di parkir di halaman atau di luar rumah adalah atas tanggungjawab/risiko anda sendiri.

9. Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa kedalam bakul atau tong sampah yang disediakan.

10. Sila cuci dan basuh serta kembalikan ketempat asal semua peralatan memasak, pinggan-mangkuk yang telah digunakan.

11. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.

12. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama lampin bayi dan tuala wanita) kedalam mangkuk tandas di bilik air untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan kedalam bekas yang disediakan.

13. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku sebaik saja anda mula menerima kunci rumah penginapan. Kami sedar anda sedaya upaya berusaha untuk tidak melakukan apa jua kerosakan terhadap peralatan atau barangan yang terdapat di rumah penginapan. Kadangkala kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi kami juga mempunyai hak untuk menuntut gantirugi jika didapati kerosakan yang berlaku adalah akibat kecuaian/kelalaian anda.

14. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot, sila susun semula dan kembalikan ketempat asal sebelum anda check-out.

Tanggungjawab (liability):
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian anda/kumpulan anda selama tempoh menginap. 
Sila tinggalkan RUMAH ini dengan kualiti kebersihan sama seperti semasa anda mula memasukinya.

SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI D’ ARISSA HOMESTAY - TERIMA KASIH. SELAMAT JALAN DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. 

 

Majlis Penikahan dan Persandiangn AIN & AZZAN (10 FEB 2013 & 2 MAC 2013)

salam semua...
 dah lame rasenye x update blog, bulan 2 dan 3 adalah bulan yg paling sibuk. almaklumlah adik ku telah menamatkan zaman bujangnya... sebenarnya banyak jugak yg berlaku bulan 2 ni, sambut birthday Mia, kakak ipar kahwin, adik kahwin, 3rd Anniversary aku. huh memang sgt2 memenatkan...tp xperlah yg penting aku sgt2 happy untuk mereka ber2 semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Persandingan mereka telah berlangsung di Dewan Carsem, Gunung Rapat, Ipoh. Syukur Alhamdulillah kerana majlis telah berlangsung dengan jayanya. Kepada tetamu yg hadir terima kasih byk2 kerana tanpa anda siapalah kami...
sila2lah tgk gambar yg xberapa byk nih..hihi

abah ku yg akad nikahkan, time aku dulu xmerase macam nih...



pelamin ni aku yg buat...


inilah semuanya family aku... sikitkan...

pengantin dah sampai...


turn aku pulak merenjis ok...



kami pulak nak bergambar...







nilah budak gigi xde..hihi


Monday, February 04, 2013

Happy 1st Birthday MIA...

Tanggal 1 Februari 2013 genaplah umur Mia setahun. Wah dah besar dah anak dara i nih... memandangkan birthday Mia jatuh pada hari Jumaat so kami sambutlah hari yg berikutnya iaitu hari Sabtu, almaklumlah kebetulan pulak my SIL nak nikah hari ahad tu so ptg sabtu tu kami pun watlah kenduri doa selamat dan sambutan hari jadi Mia. xsangka kan kejap jew masa berlalu dah setahun, rasenye baru semalam jer Mia keluar dari perut aku...huhu
Nak citer ckir pasal perkembangan Mia pulak, Mia oh Mia budak yg dah banyak akal, kadang sampai xterkawal dengan keaktifan die, memang penat Mommy jaga Mia tp Mommy sgt happy bile melihat Mia membesar depan mata Mommy, i luv u sayang... dan dah setahun dah Mia di asuh oleh Opah Mia, Syukur sgt2 mak masih ada untuk cucu 1st. Kadang2 sian jugak tgk opah penat jaga Mia tp kalau nak bg kat Bs lagi xamanlah jiwa mommy jawabnye.
Sekarang ni Mia masih xboleh jalan lagi maybe dalam sebulan dua kot, gaya nak berjalan dah ade cume gayat kot...haha
Gigi Mia pun xtumbuh2 lagi, gusi dah keras dah tp gigi xkeluar2 lagi, malu kot...haha macam2lah perkembangan Mia nih, xper yg penting happy yer sayang...
 ok cite pasal birthday Mia td, ramai jugak yg datang sampai xcukup makanan. Menu yg telah dibuat adalah, spegeti, bihun sup, bubur, nugget,sosej dan paling best aku ade buat candy buffet. Ape2pun terima kasih pada yg hadir kerana telah memeriahkan lagi majlis.

kek birthday Mia

candy buffet













































selepas selesai semuanya time untuk mengemaslah pulak...



Mia esoknya sewaktu kenduri kahwin

Thursday, January 03, 2013

cuti-cuti penang & kedah-Perlis

Percutian 30/12/2012 - 1/1/2013
percutian yg telah dirancang sejak bulan 11 lagi, bercuti di penang...huhu sgt2 best. Tempat penginapan di TM resort apartment 2 bilik tidur dgn ruang tamu yg luas, memang untung org keje ngan TM ni hotel pun dapat murah, selesa pulak tuh.kami pergi 4 buah kereta semuanya. Semalam di TM resort dan semalam lagi di rumah sepupu di Jitra. Hari yg ke 2 kami semua pergi ke Padang Besar apalagi shopping sakan ler, memang xpuas time tu sebab kedai tutup awal...huhu esoknye b4 balik kami lajak lagi ke Bukit kayu Hitam penghujung PLUS utara tu.. dapatlah beli coklat dan barang2 mangkuk kaca ckit. kalau kat Langkawi lagi murah tp kene nek feri lah pulak kan...

sampai2 je pekena nasi kandar kat restoren Hameediyah, memang sodap...
sesampai di hotel memang cantik view bawah ade swimming pool dan boleh nampak pantai...
view dari bilik kami di tingkat 3
nak g pantai memang sgt2 dekat.


time ni tgn Mia dah kecut2 sejuk sgt kot tp die xde plak ngis sonok jumpe air kot...

dua2 bolatkan...haha


alolo.. syg mommy 2 org nih...yg si bolat tu adalah anak susuan ku... panggilan manja adalah Pia.








geramnyer...

antara family yg ada...



time ni Mia kat Padang Besar. dah bosan duk dalam stroller die meraung2 minta didukung kalau ringan xperlah...ishishish busyuk mommy nih...

time shopping di The Zon Compleks Bukit Kayu Hitam. hari ni genab umur Mia 11 bulan.

selamat datang ke Malaysia  time ni nak balik dah dari Bukit kayu Hitam bye2

makan tengahari di R&R Juru

 b4 sampai rumah kami singgah di expo perabut, dapat lah rembat lampu gantung untuk balkoni rumah dan set katil dan tilam. Murah giler beb rugi xambil.


nilah lampu2 rumah yg murah tuh... dapatlah rempat satu lampu gantung. kalau banyak duit sepuluh pun aku boleh rembat..hehe
tunggu cabutan bertuah tp habuk pun xdapat.